Wednesday, September 2, 2009

~pelapis generasi akan datang~



31hb~perjumpaan pelajar2 dermasiswa Lembaga Zakat Selangor ke Timur Tengah anjuran Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILMAM)yang dipengerusikan oleh Ustaz Fauzan kerjasama Lembaga Zakat Selangor(LZS) bertempat di Masjid Negeri pada pukul 9 pagi sampai pukul 1petang.Adik-adik baru ini telah melalui 4 slot pengisian dan slot terakhir adalah slot motivasi bersama Dato' yang banyak input-input yang perlu diambil bukan sahaja tertumpu utk adk-adk baru yang akan ke sana tetapi juga penyuntik semangat buat pelajar-pelajar yang masih menuntut mahupun lepasan Timur Tengah.Alhamdulillah kehadiran sangat menggalakkan.

Selepas sahaja perjumpaan adk-adik yang akan ke Timur Tengah,terus disambung dengan ALUMNI pelajar lepasan Al-Azhar Mesir yang turut dihadiri oleh Dato' Hassan Ali.Beliau banyak menekankan tentang peranan lepasan pelajar dari timur tengah dalam membantu gerak kerja Islam di tanah air.Peluang sangat banyak buat lepasan Timur Tengah memandangkan corak pemerintahan di Selangor yang sudah banyak berubah,akan tetapi peluang tersebut masih ramai yang tidak menyedari..alangkah ruginya jika keadaan ini berterusan walhal ramai yang telah pulang akan tetapi gagal berperanan dan berfungsi di Malaysia.Dato' juga mengigatkan tentang keberadaan lepasan Timur Tengah di Malaysia peranannya sangat banyak sebagai contoh yang dikatakan oleh Dato' ialah dalam menghidupkan masjid-masjid dengan menjadi imam dan banyak lagi.Begitulah harapan Dato' kepada pelajar-pelajar lepasan Timur Tengah yang mana terlalu banyak peranan yang perlu disedari.Dato' berpesan agar keberadaan kita di Mesir,Morocco mahupun Jordan bukanlah semata-mata untuk memperoleh segulung ijazah untuk dibawa pulang ke Malaysia dan matlamat untuk mendapat kerja sahaja akan tetapi adalah kesedaran tentang peranan apabila pulang ke Malaysia kelak.Adakah pulang dan terus senyap atau pulang dengan membawa azam'aku akn bantu kerja-kerja ISLAM'??..tepuk dada pandai-pandailah pilih yang mana..




~2 september 2009~adk-adik ini akan berangkat..seperti biasa ahli keluarga masing-masing tidak berenggang sedikit pun dengan anak mereka yang akan berlepas tidak lama lagi..perasaan sedih yang tidak tertahan buat adk-adk akhawat mahupun ikhwah sehingga menitiskan air mata sewaktu hendak menuruni escalator seterusnya ke tempat berlepas..moga adik-adik ini menjadi pelapis generasi akan datang untuk agama,bangsa dan nagara..amin..

~sahabat perjuangan sekalian..saya sungguh bersemangat ketika mana mendengar ucapan Dato'.Ingatlah,kerja-kerja dakwah tidak pernah terhenti..malah kerja-kerja dakwah ini melebihi masa yang ada..ayuh!!!!mari kita sama-sama tanamkan satu azam yang mana bukanlah ilmu sahaja yang kita sibuk cari akan tetapi sumbangan dalam mengislah masyarakat jua perlu seiring dengan gerak kerja dakwah..Diri ini masih lagi banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..terdetikdi hati ini..apakah sumbangan aku untuk ISLAM??Ya ALLAH,berilah kesempatan yang ada ini untuk kami berpeluang menjadi pekerja di jalanMU.."Ya ALLAH,thabatkanlah kami dalam perjuangan ini..pertemukanlah kami dengan perjuangan yang hakiki..amin.."

~sesekali diuji 812~

No comments:

Post a Comment