Thursday, September 24, 2009

~mengintai SYAWAL~



28 Ramadhan~
rintik-rintik hujan yang sudah lama aku tinggalkan..
teramat rindu..
tenang dan mendamaikan..
setiap rintikan membawa seribu makna..
kenangan silam datang menerpa..
saat duka dan tertawa..
pengalaman berharga..
aku biarkan saja..
tidak mampu kuhalang..
bagai ombak menghempas di lautan..
moga diberi kekuatan..
menempuh hari mendatang..

hujan lebat diselangi hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami pulang ke
Kuala Kangsar,Perak..sejuk..damai..tenang..bermakna..hanya itu yang mampu aku ungkapkan..teringat antara lirik lagu yang amat aku minati"hujan lebat mencurah kini..bagaikan tiada henti......"berulang kali lagu ini dimainkan..penuh tanda tanya..aku cuba menghayati..aku lebih suka menggunakan earphone ketika mndengar lagu..lebih menjiwai..suasana dingin membuatkan diri ini menghayati satu persatu lagu yang dimainkan..kenangan lama berputar ligat di kotak fikiran..aku biarkan sahaja....



ibu kelihatan asyik menghabiskan bacaannya sebelum bulan yang dirindui ini sampai ke penghujungnya..imran,arief yang duduk di seat belakang menikmati permandangan hijau di sekeliling..aku,nana dan apis di seat tgah rancak berborak dengan ibu dan ayah..sudah lama tidak kurasai suasana seperti ini..

perjalanan lebih kurang 4jam itu tidak sangat dirasai..mybe sebab excited dah lame xbalik..maybe la..em..kalau b4 ni raya kat egypt ngan member2 je..rndu jugak..series..rindu kat ahli bait tersayang..thanx kol..sayang korang..teringat pagi raya sembhyg kat suq sayyarat..pastu balik makan-makan n terus makan dan makan..ala kuli hal pn,aku bersyukur masih lagi dipertemukan dengan bulan yang dinanti-nantikan ini..alhamdulillah..





senja melabuhkan tirai..alhamdulillah tiba di kampung tercinta..lama rasanya tidak berjumpa cousin2 tersayang..masing-masing melepaskan penat..ayah terutamanya yang nampak keletihan drive..terima kasih ayah..walaupun dalam kepenatan,aku sempat memerhati keadaan sekeliling..telatah adik-adikku tersayang ntah bila pula rezeki kita berjumpa semula..terdetik di hati,manalah tau kalau ini kali terakhir kita meraikan hari lebaran bersama..semuanya hanya DIA yang tahu..
will be continue..

~rintik2 hujan penuh makna 812~.

No comments:

Post a Comment