Tuesday, October 20, 2009

~tanda SAYANG si DIA~


ALLAH said in Surah Az Zumar:10..
" Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab."

UJIAN adalah guru yang tidak bercakap..tetapi ia sangat mengajar dan mentarbiah diri.
Dari Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah.Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita,apabila ditimpa UJIAN samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain,kita mula melatah.Terasa Allah tidak adil,sengaja hendak menyusahkan kita.Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut.Hati berdendam,hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.ya ALLAH..ampunkan kami...

ALLAH Maha Pengasih..jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.Marilah sama-sama menyelami hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan.Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji.Sabar,redha, tawakkal,baik sangka,mengakui diri sebagai hamba yang lemah,mendekatkan diri dengan Allah,harapkan ertolongan Allah,merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji.Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosaingatan supaya kita bertaubat.Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila..

UJIAN juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita.Setiap perbuatan dosa mesti dihukum,samada di dunia atau di akhirat(kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih,di dunia lagi Allah hukum,tidak di akhirat dengan didatangkan kesusahan,penderitaan,kesakitan,kemiskinan,kehilangan dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha,maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak,hanya akan menambahkan lagi dosa kita.Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya,tidak mahu menghukum kita di akhirat,kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi,kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat,kita telah bersih daripada dosa.Adakalanya,kita ditimpakan kesempitan hidup.Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita.Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya.Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Begitulah,sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat.Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu,mengharap,merintih belas ihsan,dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita,dan semakin hampir kita dengan Allah.

ALLAH said in surah Al Imran:142..
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar."

p/s:UJIAN adalah tanda sayang Sang Pencipta kepada hamba-hambaNYA..
ALLAH mengetahui segalanya sedangkan kita tidak mengetahui apa-apa...
bersabarlah atas segala ujian yang mendatang..
cubalah mengintai hikmah di sebaliknya..
yakinlah padaNYA..


~uijan itu TARBIAH & tanda SAYANG si DIA~

2 comments:

  1. salam..Allah tidak akan menciptakan segala kejadian secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan..firman Allah swt: surah al-mu'minun 23:ayat 115 hingga 116.

    samalah juga dengan ujian yg allah turunkan kepada manusia yg dikehendaki..ujian dtg untuk lebih jadikan kita seorang hamba yg sgt cekal hatinya..hikmah nyer byk apbila kita terima ujian dr Allah..bersyukurlah bagi sesiapa shj yg menerima ujian daripada Allah..kerana itu jalan menuju ke syurga nyer..sabar dan tabahlah dalm menghadapinyer insyaallah kemanisan di terima di akhirnyer..

    Salam alaik..

    ReplyDelete
  2. salam..
    alfu syukran dik..;)
    moga kita semua tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmatNYA..
    amin..

    ReplyDelete