Thursday, January 21, 2010

imtihan D.U.N.I.A



Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal”
( Surah Ali Imran :159)

Bismillah..
alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t yang masih lagi memberi peluang kepada diri yang dhaif ini meneruskan sisa kehidupan hingga kini..
ampunkanlah Ya ALLAH segala dosa-dosa kami dan berkatilah apa sahaja yang kami lakukan Ya ALLAH..kami hambaMU yang lemah yang sentiasa mengharapkan hidayah dariMU Ya Illahi..

lebih kurang kul 12 tengah malam tadi,baru je telefon mesia walaupun baru beberapa hari ym ngan ibu n ayah..kebetulan internet laju..alhamdulillah sempat borak panjang ngan ibu,ayah,opah,n adik2..alhamdulillah opah dah makin sihat..nana pun baru send pic family holiday kat Port Dickson..rasa bersyukur sangat opah makin sihat..alhamdulillah..

exam pun dah dekat sangat..ape yang dirasai tahun ni sama sekali tak sama dari tahun-tahun sebelumnya..alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH..aku bersyukur atas kurniaanMU..

ibu selalu pesan:"remember ALLAH is near..never fear..study hard and may success already of you..never say die b4 u try..anak2 ibu ayh semua boleh..focus study.."

banyak pesanan dari ibu,ayah,opah yang membuatkan diri ini terus bersemangat bertahan di bumi Mesir yang penuh barakah ini..
terima kasih ibu ayah opah...

sahabat-sahabat..
cuba kita lihat seekor burung...
Kenapa dengan burung?jika dilihat,hidupnya bukan duduk di sangkar sahaja,burung boleh jadi kenyang.Tapi,burung itu terbang di pagi hari mencari makanan dan pulang dengan perut yang kenyang pada waktu petang.apatah lagi jika hendak mencari makanan untuk di bawa pulang untuk anak-anaknya..subhanallah...

so,apa kaitan dengan tawakal ye?Tawakal bermaksud berserah kepada Allah hanya selepas berusaha...Duduk diam diri,berdoa dan hanya beribadat tanpa berusaha dan mengharap sesuatu datang bergolek bukanlah tawakal.Seperti burung ia terbang berusaha mencari rezeki pada setiap hari apatah lagi jika burung itu mempunyai anak-anak dan akhirnya burung itu berserah kepada Penciptanya.
subhanallah..

Jadi,selagi masa masih ada,kuatkanlah semangat dan usahalah sehabis baik..
moga dipermudahkan..
ingatlah ALLAH itu Maha Adil buat Hamba-hambaNYA..
bittaufiq wannajah buat semua..

2 comments:

  1. budak asrama->bittawfiq kak sara..
    datangla asrama..rindu..;);)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    time kasih..
    doakn kejayaan brsame ye..;)
    dtgla umh akk..ahlan...

    ReplyDelete