Sunday, October 31, 2010

Jentera muslimat turun GALAS


KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti.

"Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi DUN Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen.

"Dewan Muslimat yakin calon PAS akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar memandangkan pelbagai isu salah laku Umno/BN terhadap rakyat Kelantan mutakhir ini terutama berkait dengan isu royalti petroleum," katanya.

moga kemenangan akan menjadi milik PAS..Allahu Akbar!!

1 comment: