Wednesday, January 19, 2011

Presiden PAS:Ucapan pengumuman calon PKR DUN Tenang



Bismillah..
Ini adalah antara intipati ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia(PAS)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Johor sempena Majlis pengumuman calon PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 17 Januari 2011.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

ALLAH berfirman di dalam Al-Quranul Karim mafhumNYA:
"ALLAH memerintah umat Islam tanpa mengira bangsa dan kaum yang menganut Islam,bertanggungjawab bukan sahaja untuk bersaudara di kalangan umat Islam,tetapi dalam masa yang sama bersaudara di kalangan umat manusia"

Terima kasih kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang telah memberi amanah kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi PRK Dewan Undangan Negeri Tenang,Johor.Maka PAS dipertanggungjawabkan untuk bertanding di atas nama Pakatan Rakyat.

Apakah itu Pakatan Rakyat???Pakatan Rakyat itu adalah kita berpakat..ya..kita berpakat.Bukan ber'baris' tapi berpakat.Kita sepakat dulu baru berbaris.Sama macam kita duduk dulu,baru makan,Bukan makan dulu baru duduk.Walaupun kita berbeza ideologi poltik,berbeza aqidah,agama,kaum dan bangsa.Kita disuruh berpakat dalam perkara-perkara yang menjadi titik persamaan,sama-sama mahukan yang adil,menentang yang zalim,sama-sama mempunyai hak,tidak boleh menceroboh hak di antara satu sama lain dan menafikan hak,sama-sama memerlukan kebajikan dan sama-sama memerlukan keselamatan.

Kita berpakat di atas titik persamaan untuk menegakkan yang adil kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam.Ini wujud dalam ajaran Islam.Al-Quran menyuruh kita adil untuk semua dengan menentang yang zalim.Maka Islam menentang Nasionalisme,fahaman kebangsaan yang menzalimi kaum lain.Ini diajar oleh Islam,kita bersatu atas dasar sama-sama menegakkan yang adil,sama-sama dapat hak masing-masing untuk hidup,bekerja mendapat pelajaran dan hak untuk berada di atas muka bumi ini.Ini perkara yang sama-sama memerlukan pembelaan.

Islam mengajar kita tidak boleh menuduh seseorang tanpa saksi yang adil.Mahkamah yang tahu dosa pahala,bukan saksi tangkap muat yang tak tahu dosa pahala.Islam mengajar orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.Negara hari ini,mengajar media menjadi mahkamah menghukum oarang yang dituduh dengan berleluasa.Ini kezaliman dalam amalan kehidupan.Ramai yang dizalimi di bawah ISA dan tidak dibicarakan.Kita sama-sama memerlukan keselamatan,hidup yang selamat.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah,kita ada undang-undang yang sama.Tidak ada istilah berat sebelah.."Dan tidak akan ada traffic light apabila merah,DAP boleh jalan..Barisan Nasional sampai bila-bila tak boleh jalan..hijau PAS je yang boleh jalan..bila biru Keadilan je yang boleh jalan.Kita tidak buat macam tu..kita tak rombak traffic light yang dah ada.Undang-undang yang sama.Bila merah semua kene berhenti.Inilah contoh undang-undang yang sama.Maka kenal agama macamana?kalau rempuh lampu merah,maka kereta itu tidak kenal apa itu agama" dan kemalangan boleh berlaku.

Begitulah masalah-masalah kemiskinan,kesusahan.Ini tidak ada perbezaan kita berperingkat dalam perkara yang sama.Kita meraikan dalam perkara yang berbeza.Perkara yang berbeza adalah termasuk hak beragama,hak berbudaya dan hak bangsa.Ini perkara yang diraikan yang tidak boleh dipaksa.Ini pendekatan yang kita ambil.Bahkan dalam pemerintahan negara Islam awal,bukan semua orang Islam akan tetapi mereka adalah masyarakat majmuk.

Seorang penulis kitab Feqh Politik Islam dalam kitab beliau 'Al-Ahkam As-Sultaniah'yang dikarang dalam bahasa latin,jerman,perancis dan juga bahasa Inggeris.Dalam pemerintahan Islam awal,kerajaan Islam melantik bukan sahaja orang bukan Islam boleh menjadi rakyat malah orang bukan Islam boleh jadi menteri.Zaman Umawiyyah dan zaman Abbasiyyah,orang bukan Islam dilantik menjadi menteri.

"Jangan pelik kalau PAS mengadakan Pakatan Rakyat..dah sama dengan UMNO??tak..tak sama..tak sama macam mana??tak sama sebab kita berpakat.UMNO ber'baris' tapi tak berpakat.."

Kita sepatutnya menerima hakikat kita menjadi masyarakat majmuk.Al-Quran mengatakan masyarakat majmuk adalah keperluan dunia kerana manusia memerlukan berbagai-bagai keperluan hidup yang dihasilkan oleh kebolehan pelbagai kalangan dan bangsa yang berada di atas muka bumi yang ada berbagai-bagai sumber.Ada negara padang pasir tapi banyak hasil petroleum,ada negara yang tiada petroleum tetapi subur untuk pertanian,ada negara yang ada galian,besi dan sebagainya.Tak mungkain negara padang pasir minum minyak dan tidak perlu makan nasi tapi makan gandum.Jadi,manusia memerlukan kepelbagaian ini dan berbagai-bagai bangsa mempunyai keistimewaan mereka.

"Sekiranya kepelbagaian bangsa dikumpulkan,ada yang pandai berniaga,bekerja dan macam-macam lagi,jika diikatjalin,kita dapat membina satu 'kekuatan'.Bukan benci membenci,hina menghina.Tauke tak boleh berniaga kalau tak ada driver lori,orang yang pikul beras..takkan tauke nak buat semua..tidak mungkin."Ini adalah pembahagian.Masing-masing dengan tugas masing-masing.Malangnya kita tidak menyedari hikmat kejadian ini.

Kita diberi satu nikmat yang besar.Penduduk pelbagai bangsa.Sekiranya dijalin,tolong menolong di antara satu sama lain,berpakat dengan baik,kita akan bina satu kekuatan.Kita sudah berjaya mengadakan dua kali konvensyen(Shah Alam dan Pulau Pinang).Dalam konvensyen ini,semua parti Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama persekutuan dan diberi hak kepada penganut agama-agama lain,tidak boleh membuat kacau hak agama yang lain,menerima bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,membenarkan bahasa ibunda masing-masing dan membenarkan keilmuan pelbagai bahasa asing untuk menambahkan ilmu,menerima raja berpelembagaan,menerima hak istimewa orang melayu dan bumiputra.DAP terima..kenapa??kerana 60peratus lebih rakyat Malaysia adalah orang melayu bumiputra.Orang miskin yang paling ramai adalah penduduk kawasan luar bandar.Yang paling ramai adalah melayu bumiputra.Diberi keistimewaan di atas sifat mereka ramai di luar bandar dan ramai yang miskin.Dalam masa yang sama,orang cina yang miskin di estat sama sahaja dengan melayu bumiputra yang miskin.

"Saya tak tahulah kalau perut melayu saiz 10,orang india saiz 3 dan orang cina saiz 4.tidak sama sekali.semua sama sahaja.Sama keistimewaan kerana jumlah itu pada hari ini dan kerana kedudukan itu.Mungkin orang melayu kalau sudah kaya raya,kita wajib melayan kaum lain yang miskin,kalau mereka jadi miskin macam kita dahulu".

Kita berjaya bersepakat dalam konvensyen ini dan 'Janji 100hari'.Ada orang kata,omong kosong.Bukan kosong,tapi kita sudah buat sebahagian daripadanya di negeri-negeri yang kita perintah mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.Di Kelantan,kita sudah memerintah dua kali pada 1959-1978 dan 1978-2011.Kejatuhan kerajaan kita pada taun 1978 bukan kerana Menteri Besar rasuah,bukan kerana Menteri Besar menyeleweng.tapi kerana UMNO 'melakonkan' korporat.Diluluskan di parlimen undang-undang korporat.Mahkamah di Kelantan isytihar dharurat dengan berlakon membakar surat khabar,bakat tayar dan lain-lain.'Pelakon'nya masih ada lagi.'Pelakon' tambahan pun masih hidup.Tapi kita ambil balik kekuatan.Kita tunggu 12tahun.Kita sabar.Kita tidak buat kacau.Terengganu(1959-1961),mereka guling kerajaan dengan rasuah,tangkap muat wakil rakyat.Kita jatuh,kita tunggu hampir 40tahun.Kita tawan pada tahun 1999.

"Walaupun kita kalah dalam pilihanraya,kita tahu ni semua kerja tak betul.Kita sabar".Pada 13 Mei 1969,UMNO kalah dan telah buat demonstrasi.Dan pada 13 Mei berlaku pergaduhan kaum.Pada 13 Mei,berlaku pada negeri-negeri yang barisan dan UMNO kuat dan tidak berlaku pada negeri-negeri yang kuat PAS."Kita berakhlak,kita bermoaral,kita sabar,kita wajib berlaku adil".Setelah kita perintah Kelantan,dalam keadaan kewangan kita disekat,tapi Kelantan berjaya memperkayakan rakyat walaupun kerajaan Kelantan dianggap miskin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[PENGUMUMAN CALON PKR DUN Tenang]

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Di atas amanah yang diberikan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya PAS bertanding di DUN Tenang.Calon yang kita pilih seorang yang berpendiidkan,yang berjiwa masyarakat dan berkhidmat dalam masyarakat.Beliau adalah Puan Normala bt Sudirman.Pertamanya,beliau tidak meminta jawatan,tapi kami yang meminta beliau supaya dicalonkan dan beliau telah meletakkan jawatan.Bukan kerana nak jadi calon tapi kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat.

Ini menunjukkan bahawa PAS memilih calon wanita.Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara yang awal pada 1430 tahun yang lalu.Apabila Baginda mengajak pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan baiah(janji setia) untuk menegakkan sebuah pemerintahan yang adil.Di antaranya yang diminta melafazkan janji setia itu adalah wanita.Dalam sejarah politik demokrasi moden,melaporkan bahawa wanita boleh dilibatkan dalam pilihanraya pada abad yang ke-9 pada tahun 1900 dalam pilihanraya Amerika.Islam telah memulakannya 1000 tahun lebih dahulu.Dalam sejarah,penglibatan dalam menasihati kerajaan bukan sahaja melibatkan kaum lelaki sahaja.Apabila Saidina Umar R.A menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita yang memperkecilkan mereka.Seorang wanita bangun dalam majlis menegur ketua negara Saidina Umar.Allah telah memberikan hak dalam Al-Quran kepada wanita tetapi berani ketua negara membatalkan hak itu menyebabkan khalifah Umar menarik balik dengan apa yang telah beliau ucapkan.

Dalam sejarah PAS,PAS pernah menghantar ahli parlimen yang pertama selepas merdeka dan pilihanraya parlimen pada tahun1962 berjaya memenangkan calon Ketua Muslimat Pn Khadijah Sidek Rahimahullah.Ini bukan kali pertama.

"Dalam menghadapi pilihanraya DUN Tenang,saya menyeru kepada petugas-petugas pilihanraya supaya bekerja dengan tenang,jangan gelojoh,jangan melampau tapi dengan menjaga keamanan,ketenteraman dan menjaga peraturan-peraturan pilihanraya dengan baik.Yang Berhormat Lim Kit Siang berkata,"nak menang bukan senang,tapi kita boleh menang".Bukan senang kerana kita kita menghadapai pilihanraya dengan lapangan yang tidak samarata.BN akanmenggunakan media-media perdana,stesen-stesen televisyen milik kerajaan,berkempen di tiap-tiap buah rumah dan macam-macam lagi.

Ini adalah pilihanraya yang berbeza dengan amalan demokrasi dalam negara,demokrasi yang maju dan moden.Parti yang tidak adil,yang berat sebelah.Kita mempunyai peluang yang terhad,ceramah yang terhad,perancangan yang terhad,kita tidak boleh masuk tiap-tiap buah rumah,tidak boleh masuk stesen-stesen televisyen dan lain-lain.Inilah pilihanraya negara kita walaupun pilihanraya yang kita percaya akan berlangsung dengan aman dan selamat,BN banyak membawa anggota-anggota keselamatan dan mereka dipakasa bertugas.

InsyaALLAH petugas Pakatan Rakyat akan bertugas dengan penuh aman dan selamat.Kita boleh menang!!Kita pernah menang dalam pilihanraya kecil beberapa kali.Kita pernah menang di Arau,Perlis walaupun pada waktu itu BN mencapai angka ribuan.Kita pernah menang di Bukit Gantang,Kuala Terengganu.Kita pernah menawan kawasan-kawasan yang pernah dimenangi oleh BN.

Marilah kita bekerja dengan bersungguh-sungguh,bertawakallah kepada ALLAH,bekerjasama dan bersatu dalam jentera pilihanraya dengan penyelarasan dengan sebaik-baiknya."Kita boleh menang InsyaALLAH".Dan sama-sama kita munajat kepada ALLAH SWT dan memohon pertolongan daripadaNYA..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s:sama-sama kita bermunajat pada ALLAH supaya kemenangan
sentiasa berada di pihak yang benar..
Allahummaghrfirlana..Allahumusta'an...

1 comment:

  1. I'ALLAH kmenangan milik PAS.
    Takbir!!

    ReplyDelete