Thursday, January 13, 2011

Kisah Hanzalah dimandikan Malaikat


Bismillah..
Terlalu banyak kisah sahabat Nabi yang diriwayatkan yang boleh kita ambil dari kisah tersebut semangat dan pengajaran.Dan ini adalah kisah salah seorang sahabat Nabi yang bernama Hanzalah,pantas menyahut seruan Jihad tanpa beribu alasan.
sayu rasanya bila membaca kisah mengenai beliau..
subhanALLAH...

HARI PERKAHWINAN

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya,Jamilah binti Ubay sudah siap diatur.Kebetulan pula,hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud.Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw,“Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”.Pada masa itu,Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang.“Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”,balas Rasulullah saw.“Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”,Hanzalah bertegas.Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari,setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri.Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu,perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga.Pada malam Jumaat yang hening,perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana.Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SERUAN JIHAD

Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi.Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan.Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya,lantas berkata:

“Saya harus menyertai mereka”.

“Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kamu berangkat esok?” Soal isterinya.

Hanzalah menjawab tegas,“Aku bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya padahal sewaktu itu hanzalah tidak sempat mandi junub lantas terus menyahut seruan jihad.Kemudian,Hanzalah menoleh ke arah isterinya dan berkata:

“Janganlah bersedih,doakan pemergianku wahai isteriku,semoga aku beroleh kemenangan”.Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman.Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang.Namun,Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha.

“Aku mendoakanmu beroleh kemenangan”.sahut isterinya dengan sayu tatkala berpisah dengan suami tercinta.

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya,dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DI MEDAN PERANG

Jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang.Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah.Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan,panglima tentera Quraisy,Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut.Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah.Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan,dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy.Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas,rebah ke bumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIMANDIKAN MALAIKAT

Sebaik sahaja perang tamat,tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka,tujuh puluh orang kesemuanya dicatat.Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan,beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu..

“Saya terlihat antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”.Abu Said Saidi,antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah.“Benar kata-kata Nabi Muhammad.Rambutnya masih basah bekas dimandikan!”

Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya.Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SubhanALLAH...semangat jihad Hanzalah menegakkan Agama ALLAH..
wujudkan lagi pejuang agama ALLAH seperti Hanzalah??
Allahummaghrfirlanaa waadkhilnaa ma'assyuhadaa' wassolihin.
amin..

~ALLAH Cinta Agung~

4 comments:

  1. adik,rasa bersemangat baca kisah hanzalah..smgt soerang syuhada' dlm berjuang merebut ganjaran yg tak ternilai disisiNYA..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,Allahuakbar..hebat semangat jihad sahabat Nabi.bley amik pgajaran.

    -mntk izin copy ya...thank you

    ReplyDelete
  3. sabi'e transit
    kak sara.....knape entry akk semua touching2 je storynyer..huhu..byk pengajaran n i'tibar yg boleh diambil...

    ReplyDelete
  4. Hanzalah tinggal isteri utk syahid
    Tp ummat hari Ini utk tinggalkan isteri utk solat subuh berjemaah Di masjid pun x mampu...

    Sakit iman...

    ReplyDelete