Wednesday, January 26, 2011

Lagenda cinta Khadijah R.A



MUQADDIMAH

Haruman 'Riwayat Bidadari Syurga' membangkitkan rasa insaf dan kagum pada keagungan Kudrat Maha Pencipta.Subhanallah...Dalam kelembutan hati,ada ketegasan yang tidak bisa digugah.Dalam kehalusan jemari,tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa.Dalam malu,ada suara tegar mereka mampu menggegar dunia.

Siapakah yang dapat menandingi kehebatan mereka?Para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga.Sungguh tanpa diminta,riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah tiada tandingan.Menyampaikan mesej,harum mawar bukan sekadar untuk dicium,indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik,memberi iktibar tanpa rasa gentar.

Ingin saya bawa pada kali ini kisah ringkas mengenai salah seorang srikandi Islam yang amat dikagumi oleh seluruh wanita yang menghayati hikayat hidup beliau r.a.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SRIKANDI KHADIJAH BT KHUWAILID.

Itulah Khadijah r.a. Salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Muhamad saw sebelum baginda menjadi Rasul.Walau dihimpunkan seluruh cinta wanita di dunia ini,belum tentu dapat mengatasi lagenda cinta Khadijah terhadap Baginda Muhammad SAW.

Khadijah bt Khuwailid adalah seorang wanita yang kaya dan berasal dari golongan terhormat di Makkah.Beliau adalah seorang wanita cantik dan terkenal dengan sifatnya yang cekap dan tegas.Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah.Walaupun beliau hanya seorang wanita namun beliau mampu berdikari.Ramai golongan terhormat di Makkah ingin melamarnya.Namun hatinya tidak sedikitpun ingin menerimanya.Tetapi apabila bersua muka dengan Baginda SAW,beliau mula merasakan kenikmatan cinta.Sungguh beliau tertarik dengan perwatakan Baginda SAW.

Ada riwayat yang mengatakan Nabi Muhammad SAW ketika itu merupakan pekerja dagangan beliau.Kejujuran,ketaatan dan ketinggian budi pekerti Muhammad SAW sepanjang menguruskan perniagaannya telah memikat hati Khadijah r.a.

Satu hari,Khadijah ra telah mengutuskan salah seorang pembantunya untuk turut sama menyertai rombongan kafilah Muhammad SAW berdagang ke Syam.Apabila pulang dari Syam,tanpa berlengah pembantunya itu menceritakan semua cerita-cerita terpuji mengenai Baginda yang disaksikannya sendiri ketika berdagang bersama.Akhlaknya yang indah,kecerdikan dan kecekapan Baginda serta perwatakannya yang lemah lembut itu telah menghasilkan keuntungan yang cukup lumayan buat Khadijah.

Apabila Muhammad SAW sampai sahaja di rumahnya,Khadijah r.a telah menyambutnya dengan penuh riang gembira dan penuh kesopanan.Bukan kerana Muhammad SAW telah membawa keuntungan yang besar kepadanya tetapi ia adalah penzahiran rasa cintanya yang tersembunyi kepada Baginda.

Khadijah r.a semakin merasakan cinta yang mendalam terhadap Baginda.Walaubagaimanapun,dia masih ragu-ragu.Malah hatinya tertanya-tanya,apakah Muhammad SAW yang baru berusia dua puluh lima tahun itu sudi menerima dirinya yang berusia empat puluh tahun itu sebagai teman hidup?.Namun rupa-rupanya,jarak usia yang jauh itu bukanlah penghalang penyatuan cinta sejati.

Apabila hasratnya terhadap Muhammad SAW itu disampaikan oleh Nafisah bt Munyah,Baginda pun bersetuju lalu mereka berkahwin.Bapa saudara Muhammad SAW iaitu Abu Talib melakukan adat peminangan dan majlis perkahwinan itu telah diraikan dengan begitu meriah.

Bermulalah kehidupan Baginda dan Khadijah sebagai pasangan suami isteri.Selama 25tahun membina mahligai bersama SAW,Baginda tidak pernah lalai menjalankan tanggungjawab,penguruskan rumahtangga.Beliau juga tidak pernah mempunyai madu semasa hayatnya.Kehidupan bersama Baginda tambah berseri dengan kehadiran cahaya mata yang menhiburkankan hati mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BUKTI CINTA SEJATI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

Khadijah r.a adalah orang yang paling awal memeluk agama Islam.Ketika suaminya menerima wahyu yang pertama di Gua Hira',Baginda pulang ke rumah dalam keadaan menggigil.Suara seakan-akan hilang ketika memberitahu peristiwa yang baru sahaja berlaku.Khadijah pada waktu itu terus memeluk suami yang dicintai itu dengan penuh kasih sayang dan menenangkan Baginda.Lantas berkata,"Demi jiwa Khadijah yang ada di dalam genggamanNya,Aku berharap engkau wahai Rasulullah akan menjadi Nabi ummat ini!!".Mendengar kata-kata Khadijah itu,barulah Baginda merasa tenang dan yakin semula.

Semenjak itu,bermulalah kehidupan baru bagi mereka.Khadijah r.a menjadi muslimah pertama di sisi Rasulnya dan sentiasa bersama Baginda untuk menyebarkan dakwah.Beliau sentiasa membantu setiap tindak tanduk Rasulullah SAW dengan penuh kesabaran dan ketabahan.Setiap pahit dan getir diharungi bersama.Sewaktu kaum muslimin dipulaukan dan diusir oleh kaum quraisy,beliau sanggup meninggalkan rumahnya untuk bersama-sama Baginda.Khadijah r.a terus berkorban sehingga bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Thalib meninggal dunia.

Belum sempat kepiluan Baginda terhadap pemergian Abu Thalib reda,Baginda ditimpa pula dengan satu lagi peristiwa sedih.Khadijah r.a jatuh sakit.Beliau tidak dapat bergerak dan terus terlantar di atas katilnya.Keadaannya nazak.Sepanjang sakit,Rasulullah SAW tidak pernah membiarkan Khadijah keseorangan.Baginda tetap berada di sisinya,mengatur segala keperluannya dan menggembirakan hatinya sehinggalah Khadijah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan suami yang dicintai itu.Beliau meninggal dunia hanya selepas tiga hari beliau jatuh sakit.

Segala pengorbanan ikhlas yang dilakukan untuk suaminya adalah semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH SWT.Sehinggakan ALLAH SWT pernah menyampaikan salam khusus untuk Khadijah r.a melalui perantaraan Jibril a.s kepada Rasulullah SAW disertai khabar gembira.

"Aku telah menyediakn rumah untuknya di syurga dan tiada kesusahan atau kepayahan Baginda."

Rasullullah SAW tidak pernah melupakan pengorbanan Khadijah r.a. Baginda sentiasa menyebut-nyebut kebaikan dan pengorbanan Khadijah r.a walaupun beliau telah lama pergi meninggalkannya.Baginda sentiasa mengingati Khadijah r.a sehingga isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu terhadapnya walaupun beliau telah lama wafat.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Demi ALLAH,tidak ada ganti yang lebih baik dari dirinya yang beriman kepadaku di saat semua orang ingkar,yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan,yang mengorbankan semua hartanya di saat semua berusaha untuk mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan."

Sebagai isteri kepada Rasulullah,Khadijah telah memainkan peranannya sebagai pendorong utama kepada Rasulullah dalam menyampaikan risalah ALLAH SWT.Beliau telah banyak menderita pada awal penyebaran Islam.Banyak perkara yang dilakukannya hanya untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh suaminya.

Pernah suatu hari,ketika Baginda pulang semula ke kampung halamannya,selepas Baginda dapat menawan semula kota Makkah.Baginda telah dipelawa oleh penduduk Makkah untuk menginap di rumah-rumah mereka.Namun,Baginda menolak dengan baik dan mencadangkan agar dibina sebuah khemah berhampiram kubur isterinya Khadijah r.a.Baginda menyeru:"Dirikanlah bagiku di muka kubur Khadijah."

Begitulah dalamnya cinta Baginda terhadap isterinya Khadijah walaupun isteri-isterinya yang lain turut sama dicintai,namun tidak setanding penganugerahan yang diberikan kepada Khadijah r.a. Beliau adalah lambang kewujudan terawal kewujudan Islam yang menjadi tulang belakang kepada penyebaran Islam hingga dapat dikecapi sehingga ke hari ini.Bersamanya juga Baginda SAW dapat merealisasikan agama Islam yang suci ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kesimpulan:

Pengorbanan Khadijah r.a bukan sekadar satu bukti cinta terhadap suaminya Baginda Sallallahualaihi Wassalam semata-mata,malah ianya adalah satu manifestasi ketaqwaan beliau kepada ALLAH SWT dan layak menjadi lagenda cinta terhebat bagi sesiapa yang dapat menghayati dan menilai dengan mata hati.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Wahai para Bidadari Syurga...
Mendengar hikayat kalian membuatkan kami tertanya-tanya..
Mampukah kami menjadi seperti kalian?
Layakkah kami berdiri di sisi kalian?
Sedangkan sejarah kami tak setanding sejarah agung kalian..
Pengorbanan kami tak tersaing perjuangan kalian..
Malah yang amat menyedihkan..
Penghambaan kami tak sehebat pengabdian kalian...."

Wallahu'alam.

Wednesday, January 19, 2011

Presiden PAS:Ucapan pengumuman calon PKR DUN Tenang



Bismillah..
Ini adalah antara intipati ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia(PAS)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Johor sempena Majlis pengumuman calon PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 17 Januari 2011.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

ALLAH berfirman di dalam Al-Quranul Karim mafhumNYA:
"ALLAH memerintah umat Islam tanpa mengira bangsa dan kaum yang menganut Islam,bertanggungjawab bukan sahaja untuk bersaudara di kalangan umat Islam,tetapi dalam masa yang sama bersaudara di kalangan umat manusia"

Terima kasih kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang telah memberi amanah kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi PRK Dewan Undangan Negeri Tenang,Johor.Maka PAS dipertanggungjawabkan untuk bertanding di atas nama Pakatan Rakyat.

Apakah itu Pakatan Rakyat???Pakatan Rakyat itu adalah kita berpakat..ya..kita berpakat.Bukan ber'baris' tapi berpakat.Kita sepakat dulu baru berbaris.Sama macam kita duduk dulu,baru makan,Bukan makan dulu baru duduk.Walaupun kita berbeza ideologi poltik,berbeza aqidah,agama,kaum dan bangsa.Kita disuruh berpakat dalam perkara-perkara yang menjadi titik persamaan,sama-sama mahukan yang adil,menentang yang zalim,sama-sama mempunyai hak,tidak boleh menceroboh hak di antara satu sama lain dan menafikan hak,sama-sama memerlukan kebajikan dan sama-sama memerlukan keselamatan.

Kita berpakat di atas titik persamaan untuk menegakkan yang adil kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam.Ini wujud dalam ajaran Islam.Al-Quran menyuruh kita adil untuk semua dengan menentang yang zalim.Maka Islam menentang Nasionalisme,fahaman kebangsaan yang menzalimi kaum lain.Ini diajar oleh Islam,kita bersatu atas dasar sama-sama menegakkan yang adil,sama-sama dapat hak masing-masing untuk hidup,bekerja mendapat pelajaran dan hak untuk berada di atas muka bumi ini.Ini perkara yang sama-sama memerlukan pembelaan.

Islam mengajar kita tidak boleh menuduh seseorang tanpa saksi yang adil.Mahkamah yang tahu dosa pahala,bukan saksi tangkap muat yang tak tahu dosa pahala.Islam mengajar orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.Negara hari ini,mengajar media menjadi mahkamah menghukum oarang yang dituduh dengan berleluasa.Ini kezaliman dalam amalan kehidupan.Ramai yang dizalimi di bawah ISA dan tidak dibicarakan.Kita sama-sama memerlukan keselamatan,hidup yang selamat.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah,kita ada undang-undang yang sama.Tidak ada istilah berat sebelah.."Dan tidak akan ada traffic light apabila merah,DAP boleh jalan..Barisan Nasional sampai bila-bila tak boleh jalan..hijau PAS je yang boleh jalan..bila biru Keadilan je yang boleh jalan.Kita tidak buat macam tu..kita tak rombak traffic light yang dah ada.Undang-undang yang sama.Bila merah semua kene berhenti.Inilah contoh undang-undang yang sama.Maka kenal agama macamana?kalau rempuh lampu merah,maka kereta itu tidak kenal apa itu agama" dan kemalangan boleh berlaku.

Begitulah masalah-masalah kemiskinan,kesusahan.Ini tidak ada perbezaan kita berperingkat dalam perkara yang sama.Kita meraikan dalam perkara yang berbeza.Perkara yang berbeza adalah termasuk hak beragama,hak berbudaya dan hak bangsa.Ini perkara yang diraikan yang tidak boleh dipaksa.Ini pendekatan yang kita ambil.Bahkan dalam pemerintahan negara Islam awal,bukan semua orang Islam akan tetapi mereka adalah masyarakat majmuk.

Seorang penulis kitab Feqh Politik Islam dalam kitab beliau 'Al-Ahkam As-Sultaniah'yang dikarang dalam bahasa latin,jerman,perancis dan juga bahasa Inggeris.Dalam pemerintahan Islam awal,kerajaan Islam melantik bukan sahaja orang bukan Islam boleh menjadi rakyat malah orang bukan Islam boleh jadi menteri.Zaman Umawiyyah dan zaman Abbasiyyah,orang bukan Islam dilantik menjadi menteri.

"Jangan pelik kalau PAS mengadakan Pakatan Rakyat..dah sama dengan UMNO??tak..tak sama..tak sama macam mana??tak sama sebab kita berpakat.UMNO ber'baris' tapi tak berpakat.."

Kita sepatutnya menerima hakikat kita menjadi masyarakat majmuk.Al-Quran mengatakan masyarakat majmuk adalah keperluan dunia kerana manusia memerlukan berbagai-bagai keperluan hidup yang dihasilkan oleh kebolehan pelbagai kalangan dan bangsa yang berada di atas muka bumi yang ada berbagai-bagai sumber.Ada negara padang pasir tapi banyak hasil petroleum,ada negara yang tiada petroleum tetapi subur untuk pertanian,ada negara yang ada galian,besi dan sebagainya.Tak mungkain negara padang pasir minum minyak dan tidak perlu makan nasi tapi makan gandum.Jadi,manusia memerlukan kepelbagaian ini dan berbagai-bagai bangsa mempunyai keistimewaan mereka.

"Sekiranya kepelbagaian bangsa dikumpulkan,ada yang pandai berniaga,bekerja dan macam-macam lagi,jika diikatjalin,kita dapat membina satu 'kekuatan'.Bukan benci membenci,hina menghina.Tauke tak boleh berniaga kalau tak ada driver lori,orang yang pikul beras..takkan tauke nak buat semua..tidak mungkin."Ini adalah pembahagian.Masing-masing dengan tugas masing-masing.Malangnya kita tidak menyedari hikmat kejadian ini.

Kita diberi satu nikmat yang besar.Penduduk pelbagai bangsa.Sekiranya dijalin,tolong menolong di antara satu sama lain,berpakat dengan baik,kita akan bina satu kekuatan.Kita sudah berjaya mengadakan dua kali konvensyen(Shah Alam dan Pulau Pinang).Dalam konvensyen ini,semua parti Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama persekutuan dan diberi hak kepada penganut agama-agama lain,tidak boleh membuat kacau hak agama yang lain,menerima bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,membenarkan bahasa ibunda masing-masing dan membenarkan keilmuan pelbagai bahasa asing untuk menambahkan ilmu,menerima raja berpelembagaan,menerima hak istimewa orang melayu dan bumiputra.DAP terima..kenapa??kerana 60peratus lebih rakyat Malaysia adalah orang melayu bumiputra.Orang miskin yang paling ramai adalah penduduk kawasan luar bandar.Yang paling ramai adalah melayu bumiputra.Diberi keistimewaan di atas sifat mereka ramai di luar bandar dan ramai yang miskin.Dalam masa yang sama,orang cina yang miskin di estat sama sahaja dengan melayu bumiputra yang miskin.

"Saya tak tahulah kalau perut melayu saiz 10,orang india saiz 3 dan orang cina saiz 4.tidak sama sekali.semua sama sahaja.Sama keistimewaan kerana jumlah itu pada hari ini dan kerana kedudukan itu.Mungkin orang melayu kalau sudah kaya raya,kita wajib melayan kaum lain yang miskin,kalau mereka jadi miskin macam kita dahulu".

Kita berjaya bersepakat dalam konvensyen ini dan 'Janji 100hari'.Ada orang kata,omong kosong.Bukan kosong,tapi kita sudah buat sebahagian daripadanya di negeri-negeri yang kita perintah mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.Di Kelantan,kita sudah memerintah dua kali pada 1959-1978 dan 1978-2011.Kejatuhan kerajaan kita pada taun 1978 bukan kerana Menteri Besar rasuah,bukan kerana Menteri Besar menyeleweng.tapi kerana UMNO 'melakonkan' korporat.Diluluskan di parlimen undang-undang korporat.Mahkamah di Kelantan isytihar dharurat dengan berlakon membakar surat khabar,bakat tayar dan lain-lain.'Pelakon'nya masih ada lagi.'Pelakon' tambahan pun masih hidup.Tapi kita ambil balik kekuatan.Kita tunggu 12tahun.Kita sabar.Kita tidak buat kacau.Terengganu(1959-1961),mereka guling kerajaan dengan rasuah,tangkap muat wakil rakyat.Kita jatuh,kita tunggu hampir 40tahun.Kita tawan pada tahun 1999.

"Walaupun kita kalah dalam pilihanraya,kita tahu ni semua kerja tak betul.Kita sabar".Pada 13 Mei 1969,UMNO kalah dan telah buat demonstrasi.Dan pada 13 Mei berlaku pergaduhan kaum.Pada 13 Mei,berlaku pada negeri-negeri yang barisan dan UMNO kuat dan tidak berlaku pada negeri-negeri yang kuat PAS."Kita berakhlak,kita bermoaral,kita sabar,kita wajib berlaku adil".Setelah kita perintah Kelantan,dalam keadaan kewangan kita disekat,tapi Kelantan berjaya memperkayakan rakyat walaupun kerajaan Kelantan dianggap miskin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[PENGUMUMAN CALON PKR DUN Tenang]

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Di atas amanah yang diberikan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya PAS bertanding di DUN Tenang.Calon yang kita pilih seorang yang berpendiidkan,yang berjiwa masyarakat dan berkhidmat dalam masyarakat.Beliau adalah Puan Normala bt Sudirman.Pertamanya,beliau tidak meminta jawatan,tapi kami yang meminta beliau supaya dicalonkan dan beliau telah meletakkan jawatan.Bukan kerana nak jadi calon tapi kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat.

Ini menunjukkan bahawa PAS memilih calon wanita.Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara yang awal pada 1430 tahun yang lalu.Apabila Baginda mengajak pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan baiah(janji setia) untuk menegakkan sebuah pemerintahan yang adil.Di antaranya yang diminta melafazkan janji setia itu adalah wanita.Dalam sejarah politik demokrasi moden,melaporkan bahawa wanita boleh dilibatkan dalam pilihanraya pada abad yang ke-9 pada tahun 1900 dalam pilihanraya Amerika.Islam telah memulakannya 1000 tahun lebih dahulu.Dalam sejarah,penglibatan dalam menasihati kerajaan bukan sahaja melibatkan kaum lelaki sahaja.Apabila Saidina Umar R.A menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita yang memperkecilkan mereka.Seorang wanita bangun dalam majlis menegur ketua negara Saidina Umar.Allah telah memberikan hak dalam Al-Quran kepada wanita tetapi berani ketua negara membatalkan hak itu menyebabkan khalifah Umar menarik balik dengan apa yang telah beliau ucapkan.

Dalam sejarah PAS,PAS pernah menghantar ahli parlimen yang pertama selepas merdeka dan pilihanraya parlimen pada tahun1962 berjaya memenangkan calon Ketua Muslimat Pn Khadijah Sidek Rahimahullah.Ini bukan kali pertama.

"Dalam menghadapi pilihanraya DUN Tenang,saya menyeru kepada petugas-petugas pilihanraya supaya bekerja dengan tenang,jangan gelojoh,jangan melampau tapi dengan menjaga keamanan,ketenteraman dan menjaga peraturan-peraturan pilihanraya dengan baik.Yang Berhormat Lim Kit Siang berkata,"nak menang bukan senang,tapi kita boleh menang".Bukan senang kerana kita kita menghadapai pilihanraya dengan lapangan yang tidak samarata.BN akanmenggunakan media-media perdana,stesen-stesen televisyen milik kerajaan,berkempen di tiap-tiap buah rumah dan macam-macam lagi.

Ini adalah pilihanraya yang berbeza dengan amalan demokrasi dalam negara,demokrasi yang maju dan moden.Parti yang tidak adil,yang berat sebelah.Kita mempunyai peluang yang terhad,ceramah yang terhad,perancangan yang terhad,kita tidak boleh masuk tiap-tiap buah rumah,tidak boleh masuk stesen-stesen televisyen dan lain-lain.Inilah pilihanraya negara kita walaupun pilihanraya yang kita percaya akan berlangsung dengan aman dan selamat,BN banyak membawa anggota-anggota keselamatan dan mereka dipakasa bertugas.

InsyaALLAH petugas Pakatan Rakyat akan bertugas dengan penuh aman dan selamat.Kita boleh menang!!Kita pernah menang dalam pilihanraya kecil beberapa kali.Kita pernah menang di Arau,Perlis walaupun pada waktu itu BN mencapai angka ribuan.Kita pernah menang di Bukit Gantang,Kuala Terengganu.Kita pernah menawan kawasan-kawasan yang pernah dimenangi oleh BN.

Marilah kita bekerja dengan bersungguh-sungguh,bertawakallah kepada ALLAH,bekerjasama dan bersatu dalam jentera pilihanraya dengan penyelarasan dengan sebaik-baiknya."Kita boleh menang InsyaALLAH".Dan sama-sama kita munajat kepada ALLAH SWT dan memohon pertolongan daripadaNYA..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s:sama-sama kita bermunajat pada ALLAH supaya kemenangan
sentiasa berada di pihak yang benar..
Allahummaghrfirlana..Allahumusta'an...

Tuesday, January 18, 2011

7tips CINTA terhebat


Bismillah...
CINTA itu laksana pohon di dalam hati.Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai,dahannya adalah mengetahuinya,rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya,buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya.Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang.

Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba,maka Jibril berseru,“Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan,maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.”

Imam Ahmad berkata:“Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus,dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya,tetapi Dia telah mengujinya di dunia.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimanakah yang dikatakan "HAKIKAT CINTA" itu?

1-Banyak mengingati pada yang dicintai,membicarakan dan menyebut namanya.

Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang,maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah.Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman!Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya,dan sebutlah serta ingatilah Allah(dengan doa)banyak-banyak,supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
Al-Anfaal:45

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2-Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri.

Dalam hal ini,orang yang mencintai itu ada tiga macam:

1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya.
2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya.
3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya.Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya.

Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[A’li Imran:31]


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:Rasul s.a.w. bersabda:
“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai,dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu?Demi KebesaranKu,Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)”
[Riwayat At-Tirmidzi]

Ibnu Abbas berkata:Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka.Apabila mereka mengakui kemungkaran itu,maka azab Allah akan menimpa mereka semua,baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik.

Umar Ibn Abdul Aziz berkata:Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang perseorangan.Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3-Mencintai tempat dan rumah sang kekasih.

Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan menyenangkan.

Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai.

Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda:

“Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka Maka salah seorang sahabat bertanya:Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab:Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,tetapi kamu umpama nuih di waktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4-Mencintai apa yang dicintai sang kekasih.

Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

“Wahai orang-orang yang beriman!masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [Al-Baqarah:208]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5-Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih

Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar.Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia”
[Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai,Ibnu Majah dan Ahmad]

Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan harta benda.Firman Allah s.w.t.:

“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada saudara-saudaramu (seagama).Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)”

[1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan.
[1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta.
[Al-Ahzab:6]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6-Cemburu kepada yang dicintai.

Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan diabaikan.Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta kepada-Nya.Firman Allah s.w.t:

”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya,yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin,yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah,dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya,dan Allah Maha luas (pemberian-Nya),lagi Maha Mengetahui” [Al-Maaidah:54]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7-Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah.

”Hai nabi,bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik.Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3]

”Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya,dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal)”

[106] yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165]

“Sesudah itu,patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah” [Al-Maaidah:50]

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah,dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,padahal kamu mengetahui (salahnya)”
[Al-Baqarah:188]

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda:

“Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”
[Riwayat Al-Hakim]


[Dipetik dari buku Cinta dan Rindu oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah / Al-Hikam oleh Syeikh Ibn Ata'illah Al-Sakandari]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu..
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Zat yang Memilikimu..”

"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah SWT,walaupun hanya beberapa saat."

Selamat berMuhasabah & berAmal:)

Thursday, January 13, 2011

Kisah Hanzalah dimandikan Malaikat


Bismillah..
Terlalu banyak kisah sahabat Nabi yang diriwayatkan yang boleh kita ambil dari kisah tersebut semangat dan pengajaran.Dan ini adalah kisah salah seorang sahabat Nabi yang bernama Hanzalah,pantas menyahut seruan Jihad tanpa beribu alasan.
sayu rasanya bila membaca kisah mengenai beliau..
subhanALLAH...

HARI PERKAHWINAN

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya,Jamilah binti Ubay sudah siap diatur.Kebetulan pula,hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud.Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw,“Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”.Pada masa itu,Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang.“Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”,balas Rasulullah saw.“Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”,Hanzalah bertegas.Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari,setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri.Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu,perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga.Pada malam Jumaat yang hening,perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana.Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SERUAN JIHAD

Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi.Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan.Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya,lantas berkata:

“Saya harus menyertai mereka”.

“Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kamu berangkat esok?” Soal isterinya.

Hanzalah menjawab tegas,“Aku bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya padahal sewaktu itu hanzalah tidak sempat mandi junub lantas terus menyahut seruan jihad.Kemudian,Hanzalah menoleh ke arah isterinya dan berkata:

“Janganlah bersedih,doakan pemergianku wahai isteriku,semoga aku beroleh kemenangan”.Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman.Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang.Namun,Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha.

“Aku mendoakanmu beroleh kemenangan”.sahut isterinya dengan sayu tatkala berpisah dengan suami tercinta.

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya,dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DI MEDAN PERANG

Jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang.Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah.Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan,panglima tentera Quraisy,Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut.Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah.Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan,dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy.Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas,rebah ke bumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIMANDIKAN MALAIKAT

Sebaik sahaja perang tamat,tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka,tujuh puluh orang kesemuanya dicatat.Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan,beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu..

“Saya terlihat antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”.Abu Said Saidi,antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah.“Benar kata-kata Nabi Muhammad.Rambutnya masih basah bekas dimandikan!”

Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya.Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SubhanALLAH...semangat jihad Hanzalah menegakkan Agama ALLAH..
wujudkan lagi pejuang agama ALLAH seperti Hanzalah??
Allahummaghrfirlanaa waadkhilnaa ma'assyuhadaa' wassolihin.
amin..

~ALLAH Cinta Agung~

Thursday, January 6, 2011

Aku ingin...


Aku ingin….
Teman seaqidah dalam perjuangan
Sepanjang hayatku
seperti Abu Bakar al-Siddiq
ukhwah terjalin kerana khaliq

Aku ingin….
Tawakal kita semulia Ibrahim
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Meyakini ALLAH sebagai penjaga

Aku ingin….
Antara kita seorang Umar
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka

Aku ingin….
Senyuman kita seperti Syed Qutb
Ketika berhadapan dengan maut
Akidah mantap tidak merenggut
Roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin...
Kita seteguh Ibnu Azzubair
Menahan panahan Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid akhirnya
rohnya ke syurga

Aku ingin …
kita menyemai benih Hassan al-Banna
Fikrahnya jernih menggegar dunia
Merelakan tubuhnya dimamah peluru
Demi menegakkan kalam ALLAH dan Rasul..


Aku ingin..
Hebatmu laksana Handzalah
Di mana hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Yang baru diijabkabulkan
Rela menyambut seruan
Demi ISLAM ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Aku ingin..
cinta pemuda Giffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Moga kan lahir di abad ini
Jiwa pemuda itu yang tak pernah suram..

Aku ingin…
Kita sepemaaf Yusuf
Tetap mencintai saudaranya
Walaupun dihumpan ke perigi tua
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya..

Aku ingin…
Pusara kita harum mewangi
Bagai harumnya pusara Masyitah
Semerbak kasturi..

Aku ingin…
Ikatan aqidi ini
Menjadi syafaat
Di mahkamah Mahsyar nanti
Harapan kerdil dari kami..
Yang hina ini..
Ya ALLAH Ya Rabbi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“..Ya ALLAH..TetapkanIkatanIni..
DenganPetunjuk-petunjukYangEngkauRedhai.
SatukanHatiKami..ThabatkanJiwaKami..
DenganKurniaIkhlasDanCintaPembantuRisalahMU..
SyukurkuPanjatkanBuatPemilikNyawaku….”
p/s:
~bittaufiq wannajah buat semua teman seperjuangan
~Niatkan kejayaan yang diharapkan demi membela ISLAM tercinta
~Husnuzhon Billah

...I.Am.A.traveler.Who's.Seeking.The.Truth...

Thursday, December 30, 2010

3 VIRUS penghancur umat ISLAM HEDONISME,SEKULARISME,MATERIALISME



Mutakhir kini,umat Islam sedang dalam keruntuhan dan kehinaan di mana-mana sahaja.Keadaan ini menjadi bualan malah kegembiraan kepada musuh-musuh Islam. Kenapakah keadaan ini terjadi dan terus berlarutan??Bukankah telah muncul pejuang-pejuang samada secara individu mahupun harakah-harakah Islam yang bangun berusaha mengembalikan kemuliaan,maruah,kekuatan dan ketuanan umat Islam di atas muka bumi? Di bumi Palestin misalnya, telah setengah abad rakyatnya bangkit menentang pendudukan Yahudi.Namun sehingga kini kejayaan masih jauh daripada menjadi kenyataan.Bahkan mereka semakin tertekan dan terhina.

Mungkin kita tertanya-tanya,mengapa Allah biarkan umat Islam berlarutan dalam keruntuhan dan kehinaan ini.Sedangkan Allah sendiri telah berjanji untuk mewariskan bumi ini kepada umat Islam.Adakah ALLAH yang telah memungkiri janji??jawabnya tidak sama sekali..akan tetapi kita selaku yang sentiasa di bawah pantauan dan pengawasanNYA hendaklah sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dari semasa ke semasa.

Firman Allah:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh,bahawa Dia akan bersungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa di muka bumi.”

para pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian...
tertarik saya dengan ucapan ringkas dan padat dari Dato' Dr.Hasan b.Mohamed Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam ceramah ringkas beliau di dalam satu program yang dianjurkan oleh gerakan SUARA di Mesir yang mana diasaskan oleh YB Dato' sendri yang bertajuk 'Selangor mengadaptasi hijrah'.

Fokus post saya pada kali ini hasil dari ceramah yang disampaikan adalah mengenai 3 item yang ditekankan yang mana kian menular,parah seterusnya bernanah yang mana melanda umat Islam masa kini iaitu HEDONISME,SEKULARIME dan MATERIALISME!!!
izinkan saya berkongsi dengan para pembaca sekalian moga kita sama-sama dapat mengigatkan antara satu sama lain demi kepentingan ISLAM itu sendiri..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Antara 3virus yang melanda umat Islam masa kini adalah:

PERTAMA:HEDONISME

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini.Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.

Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab,gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi.Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.

Jika dilihat betapa parahnya virus ini dari serangan barat khususnya kepada generasi muda ISLAM telah berjaya menghasilkan pelapis-pelapis dari generasi muda ini konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta hiburan,seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.

Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama.gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.

Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang.Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali.Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEDUA-SEKULARISME

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini…

Ia juga membawa erti satu generasi atau zaman..

Istilah :- Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia…

Antara ciri-ciri sekularisme:
1.Perkara agama disempitkan kepada hal-hal peribadi sahaja

2. Anti agama dan tradisi

3. Akhlak yang digunapakai oleh golongan sekularisme tidak tetap (pragmatik)

4. Kebendaan (materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara

5. Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta semua perkara dipisahkan dari agama.


Amalan sekularisme

1. Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara

2. Segala macam sImbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya

3. Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam


ISLAM menolak sekularisme!!

Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya terang-terangan TIDAK berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan,serba salah,tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.

Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia.Tetapi ia masih mengakui agama,cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia.

Motonya :-
“Berikan apa untuk urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”

PENGARUH SEKULARISME TERHADAP UMMAT ISLAM..

Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan tuhan yakni Allah s.w.t. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang berkaitan agama.

Dari aspek Agama :
Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.

Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama semata-mata seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.

Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.

Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan

KESAN SEKULARISME / PERTENTANGAN DALAM ISLAM…

Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh Allah s.w.t di akhirat kelak

Nilai akhlak adalah luhur. Tetapi, sebagaimana digariskan oleh islam. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.

Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjangkan agama. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai sebagai penting.

Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)

Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.

Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat buih di lautan.

Sumber ekonomi Negara dan ummat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.
Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETIGA-MATERIALISME

suka saya menamakan satu slogan bagi virus ketiga yang kian menular dalam umat Islam masa kini dengan "Belenggu Keduniaan Membentuk Mentaliti Materialistik".

Seperti yang kita maklum,Ibadah itu terbina oleh syarak dan oleh sikap ittiba’ (berpegang kepada dalil kitab dan sunnah) dan bukannya dibina ibadah itu oleh hawa nafsu dan perkara yang diada-adakan (melalui kecerdikan atau sangkaan) sesungguhnya Islam itu terbina di atas dua usul utama iaitu seperti mana yang disebutkan oleh Al-Imam Ibnu Taimiyyah(Majmuk Fatawa,jilid 1)ialah:

1-Hanya menyembah Allah yang Esa dan tidak Mensyirikkan- Nya dengan Sesuatu pun.
2-Menyembah Allah dengan apa yang disyariatkan melalui lisan rasulullah salalallahualaihiwa salam dan bukanlah menyembah-Nya dengan kerana mengikut hawa nafsu dan menyembah-Nya dengan jalan yang di ada-adakan.

Pada kali ini marilah kita berbicara berkenaan mentaliti masyarakat yang rosak dan kefahaman Islam di sekeliling kita yang sedang tenat diselaputi fitnah dunia.

Semakin dunia menyelaputi kita semua,semakin tersesat kita daripada agama sehinggakan terbit daripada mulut mereka-mereka yang beragama untuk sampai hati mengatakan kita seharusnya menilai agama berdasarkan tuntutan dunia dan material.

Bukan untuk berfantasi mengatakan agama ini untuk akhirat semata-mata dan kita mesti mengabaikan apa yang ditangan semata-mata untuk mengejar akhirat.Sama sekali bukan itu yang dikehendaki oleh Islam.

Islam menyuruh umat-Nya memburu kekayaan,berkemampuan dan berkebolehan tetapi Islam menetapkan umat-Nya harus terlebih dahulu mendirikan Islam dan memastikan kekayaan dan kemewahan itu terbina setelah keutamaan dan hak terhadap agama sudah dipenuhi di jalan Allah swt.

Ramai hari ini melakukan sesuatu ibadah kerana kegemaran,kerana ianya mudah dan kerana ianya memberikan manfaat dan kebaikan kepada mereka tetapi mereka lupa akan perkara yang asasi iaitu untuk menyedari kita semua ini ialah hamba Allah yang dijadikan oleh Allah (tauhid rububiyah) dan kita dijadikan hanya untuk beribadah kepada Allah dan ibadah kita pula haruslah hanya untuk Allah (tauhid uluhiyah).

pesan Umar radiallahuanhu : “Kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita mencari kemuliaan (dan ketinggian di sisi manusia) selain daripada Islam, maka kita akan dihinakan oleh Allah.”

Apakah pada kemewahan kita itu?banyaknya buku-buku yang sudah ditulis oleh kita? jumlah pengunjung yang banyak mengunjungi website dan laman-laman tulisan kita? ataukah pada pekerjaan?pada pangkat?pada ketinggian sijil dan ijazah yang kita miliki?ataukah kepada jenis kereta yang kita miliki?atau mungkin jumlah wang yang kita sumbangkan itulah yang dilihat oleh Allah swt dan menjadi ukuran bahawa kita sudah menunaikan tuntutan ubudiyah (pengabdian) diri kita kepada Allah?

Firman Allah swt yang bermaksud : “ Tidaklah sekali-kali akan sampai kepada Allah akan daging-daging unta dan darahnya itu akan tetapi yang akan sampai kepada-Nya ialah ketakwaan dari kamu. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. “ (Surah Al-Hajj : 37)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KESIMPULAN

Satu persoalan saya tinggalkan kepada pembaca-pembaca sekalian yang perlu kita sama-sama fikirkan.

Sejak bila umat Islam mula terjebak dengan 3 virus yang menular kini?
Apakah semenjak dakwah salafiyah atau seruan kepada sunnah ini tersebar?
Adakah salah konsep dakwah yang dibawa oleh petugas risalah ALLAH dan Nabi-nabi terdahulu??

Allahumusta’an dan semoga dibersihkan dakwah salaf soleh yang menyeru umat kepada generasi terbaik ini terpelihara daripada fitnah dunia dan seruan yang menyeleweng..
Amin ya Rabb...

Sunday, October 31, 2010

Jentera muslimat turun GALAS


KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti.

"Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi DUN Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen.

"Dewan Muslimat yakin calon PAS akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar memandangkan pelbagai isu salah laku Umno/BN terhadap rakyat Kelantan mutakhir ini terutama berkait dengan isu royalti petroleum," katanya.

moga kemenangan akan menjadi milik PAS..Allahu Akbar!!