Thursday, August 27, 2009

~Pesanan Tok Guru kpd pengundi Permatang Pasir~



"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah ALLAH dengan memurnikan(mengikhlaskan) ketaatan kpdNYA dalam (menjalankan)agama dengan lurus."(sebahagian dari ayat 5:surah Al-Bayyinah)

assalamualaikum w.b.t..
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,
Alhamdulillah menjelang 1 Ramadhan 1430,genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tanda tangani.Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu ALLAH yg maha luas itu shgga belaku 8 pilihn raya kecil sejak Pilihn Raya Umum Ke-12,tiada jua yg mampu menekanya.

Apa yg hanya kita boleh baca dari 7 pilihan raya kecil yg telah berlalu,parti yg bertanding dari pakatan rakyat telh meng sebyk 6kali berturut2.BN cuma menang sekali,itupun di Batang Ai,Sarawak.Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi utk turun ke gelanggang.Walaupin dgn penuh berat kita melepaskan Allahyarham Dato' Hamdan kita utk kembali menemuiNya.

Bagi kita yg hidup,tuntutan smbungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan.Sudah 3 pengggal calon kita bersusah payah utk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir ini.

Jika di baca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu,ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam,keyakinan dan komitmen mereka.Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri,namun pada saya majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac lalu melebihi 5000 undi adalah termahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa,mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yg membawa perjuangan Islam syamil yg sebenar.Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yg mengamalkan Islam dari klon sekular,agama suku dan politik suku.Mana boleh diasingkan antara Iman dengan Islam dan Islam dgn politik??Islam jenis sekular yg diperjuangkan oleh UMNO inilah yg saya namakan sebagai 'ISLAM PALSU'.

Sebagaimana adanya wang palsu,rambut palsu begitu jugalah dgn Islam palsu.Benda palsu nmpak mcm sebenar tetapi ia tetap tidak asli.Bagi yg ahli,dia akn tetp tahu membezakan antara bunga hidup dgn bunga plastik.Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.Soalnya bolehkah yg diragu-ragu itu dibawa utk mndaptkan anugerah syurga ALLAH di akhirat kelak????

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah.Jika buat begini ia boleh jadi begini.Jika tidak sempurna wudhu',amalan sembahyang tidak diterima.Jika tolak Islam dari ALLAH,maka dengan apa nak digantikan???Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan.Ini soal kaedah.Sya pecaya para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Jngan tertipu lagi utk percayakan slogan2 baru yg dikitar semula.Dulu Islam Hadhari.Kini One Malaysia pula.Esok lusa entah apalah pula.UMNO ni nak jadi apa??nak kata udang pun tidak.ikan pun bukan.Entahla.Ingatlah pesan pepatah Melayu:Jika sudah kepalanya ular,mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat.Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah peperangan badar yang berlaku dalam bulan ramadhan itu pernah membawa kemenangan yg besar???

Tiada perbuatan yg lebih mulia pd hari mengundi di bulan Ramadhan pada kli ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan, sekali gus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan.Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan Pakatan Rakyat, demi keadilan Islam.

"Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan."

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan

~ini adalah sebahagian dari petikan pesanan Tok Guru kpd pengundi Permatang Pasir..ketika mana tiba di Permatg Pasir,aku terus mendapatkan WARTA Permatang Pasir..lihatlah,betapa jelas bahawasanya yang mana mesti kita memangkah ketika hari pengundian..alhamdulillah,penduduk di sana jelas dan faham..sudah pasti PAS lah gerakan Islam yg syumul yg tidak mengamalkan suku-suku sahaja dari pelbagai aspek..sangat tersentuh dan menusuk pesanan Tok Guru..

sahabat perjuangan sekalian..kita bukanlah berintima' dgn sesebuah gerakan kerana ta'asub dgn pemimpin sesebuah gerakan itu atau yg dikenali sebagai intima'Syakhshi, iaitu intima' sseorg kepada sesebuah gerakan yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin.Tetapi intima kita mestilah intima' aqidi yg tertegak atas dasar kefahaman tntg perjuangan Islam yg hakiki..diri yg dhaif ini masih lagi mencari dan mgharapkan agar Dia mengurniakan kefahaman dalam berjuang selagi hayat dikandung badan..wallahu 'alam..

will be continue..~masih mencari~

1 comment:

  1. didoakan enti mnjadi salah seorg pejuang dijalanNYA..

    ReplyDelete