Friday, September 4, 2009

Kes Kartika:UMNO remehkan syariat ISLAM!!!



Apa pun terjadi di negara ini pemimpin yang memerintah adalah puncanya.Rakyat di bawah hanya mengikut agama pemimpinnya.Sebab itu tugas pemimpin bukan sahaja untuk membawa rakyatnya senang di dunia malahan juga bahagia di akhirat.

UMNO yang memimpin negara ini telah mengkhianati amanah rakyat sejak sekian lama.Bermula daripada pengkhianatan kepada agama sampailah kepada pengkhianatan kepada bangsa.Jika keadaan ini berterusan maka bukan sahaja agama akan merempat malahan bangsa juga akan merempat di negara sendiri.

~apa yang ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian yang memahami perjuangan sebenar adalah mengenai Kes Kartika yang sedang hangat diperkatakan.Isu hukuman sebat telah menarik masyarakat daripada pemimpin sampai rakyat biasa,sama ada yang beragama Islam ataupun bukan Islam,sama ada yang alim atau jahil dalam agama.Semua memberi komen terhadap isu ini.

Ada yang memberi komen hanya bersandarkan hanya yang kena ini wanita,maka isu gender yang diperjuangkan.Ada juga yang memberi komen atas asas politik.Ada yang memberikomen berdasarkan nas.

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama(Pindaan)1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum islam yg sebenar.

Tembelang Umno yang kononnya sebagai parti yang menegakkan Islam dan memperjuangkan Islam,dan menuduh Pakatan Rakyat pengkhianat agama semakin terserlah dengan isu Kartika ini.

Sekarang sudah terbukti bagaimana Umno gagal dan menguruskan agama dan memberi kefahaman agama betul kepada rakyat terutama orang Islam.Umno gagal untuk melaksanakan syariat Islam sebenar di negara ini.

Umno bukan sahaja gagal untuk melaksanakan perintah Allah,malahan tidak ada kesungguhan dalam melaksanakan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987.

Walaupun hukum ini tidak bertepatan dengan hukum Islam.Sepatutnya apabila mereka meluluskan satu undang-undang mereka perlu menyediakan prasarana yang lengkap seperti hakim yang terlatih,penyebat yang mahir.

UMNO sudah buat hukum Islam dan senanglah hendak mendapat undi dalam pilihanraya untuk melawan PAS.UMNO jangan jadi seperti ALLAH gambarkan dalam Al-Quran:
firman ALLAH:
"perumpamaan orangg yang diberi tugas membawa Taurat,kemudian mereka tidak membawanya(tidak mengamalkannya) adalah seperti kedai yang membawa kitab-kitab yang tebal.Sangat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat ALLAH.Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim"-Al-Jumaah,62:5)

ALLAH mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak memelihara akalmanusia.Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk perangainya seperti binatang dan sanggup melakukan perkara yang tidak baik tanpa perasaan malu.

Islam telah menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan dengan 40 kali sebatan ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud "bahawasanya Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40kali" dan Saidina Abu Bakar menyebat 40 kali dan Saidina Umar menyebatt 80 kali.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana,antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.Sebatan juga tidak boleh mencederakan,dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam,hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

~kesimpulannya yang boleh dibuat adalah perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam yang sebenar tidak menzalimi pesalah.Hukuman yang dikenakan bukan untuk menyeksa,tetapi mendidik supaya kembali ke pangkal jalan.Hukuman rotan bukan seperti yang dilaksanakan di penjara pada hari ini,kerana ia menyeksa pesalah.

Umno tidak berusaha untuk melaksanakan perintah Allah walaupun negara sudah 52 tahun merdeka.Sebenarnya mereka hendak berniaga sebab itu usaha pencegahan tidak dibKuat supaya rakyat jangan minum arak.Seolah-olah makin banyak pesalah minum arak ditangkap maka ia akan mendapat wang hasil denda.

Lebih malang lagi terdapat tiga orang Islam menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat arak Carlsberg.Kenapa Umno tidak mencegah supaya orang Islam jangan menjadi ahli lembaga syarikat arak?

Kita tidak dengar kerajaan membelanjakan wang untuk kempen "tak nak arak" seperti kempen anti merokok dan bahaya najis dadah.

Kenapa arak yang ada nas yang qat'i tidak diharamkan dan melaksanakn kempen secara agresif seperti kempen anti najis dadah??fikirkanlah...

~kolumnis [fIKRAH 14-16 Ramadhan 1430/4-6 september 2009]

bersama Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment