Friday, September 11, 2009

~S.P.I.E.S~




7hb~ "S.P.I.E.S" adalah salah satu Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Alhamdulillah saya diberi kelapangan masa untuk menyertai seminar pengenalan mengenai S.P.I.E.S..turut hadir di dalalm program ini mahasiswa mahasisiwi terutamanya Majlis Pimpinan Pelajar(MPP)di setiap universiti dan kolej..Program dimulakan lebih kurang pukul 6petg dan penerangan awal yang disampaikan oleh Puan Mastura dalam masa yang singkat itu banyak memberi input-input yang berguna bagi kita selaku mahasiswa.

Apa objektif S.P.I.E.S???
1~melahirkan individu yang berfikiran positif dan mencapai akademi cemerlang.
2~membinanetworking.
3~melahirkan belia yang "think others"(prihatin)
4~belia yang membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial.

Apa itu S.P.I.E.S???

1~SPIRITUAL

Kecerdasan spiritual adalah merupakan unsur asas yang akan menetukan keberkesanan eribadi iaitu kecerdasan intelektual,fizikal dan emosional.Individu yang cerdas spiritual adalah individu yang dapat mengenali diri dan potensi diri dengan mengenali erti kehidupan dan sistem nilai melalui perhubungannya dengan Tuhan.Mempercayai dan mencintai Tuhan adalah mencintai diri sendiri dan semua insan dan makhluk yang juga mempunyai perhubungannnya dengan Tuhan.Kesatuan inilah yang menjadi asas kepada perpaduan dan kencintaan sesama insan dan makhluk.

2~PHYSICAL

Kecerdasan fizikal bagi pembentukan intelek,ketabahan diri dalam menghadapi cabaran dan tekanan serta menjaga kesihatan diri bagi melaksanakan apa jua tindakan yang dapat memberi manfaat kepada diri,keluarga dan masyarakat.


3~INTELLECTUAL

Kecerdasan intelek bukan sahaja bererti daya pemikiran individu tetapi harus juga dinilai dari segi tujuan dan juga merangkumi kemahiran asas5M:
membaca,menulis,mengira,memikir,mengamal ilmu/kemahiran matlamat pemikiran tersebut.Mempunyai daya kreativiti yang tinggi tanpa menimbangkan matlamat atau kesannya kepada orang lain,sama ada memberi kesan yang baik atau buruk adalah merupakan daya pemikiran yang tidak cerdas.Begitu juga individu yang banyak memberi idea bagi penyelesaian masalah tidak dikata cerdas intelek jika penyelesaian tersebut hanya menguntungkan diri sendiri sahaja tetapi merugikan orang lain.ini bermakna bahawa potensi kecerdasan intelek individu akan dipengaruhi secara langsung oleh emosi dan sistem nilai termasuk nilai etika individu tersebut.Prinsip utama dibentuk,wawasan dan matlamat berasaskan nilai,pemikiran secara kolaboratif,proaktif,kretif dan pembelajaran berterusan.


4~EMOTIONAL

Kecerdasan emosi merupakan kebijaksanaan individu untuk menyedari dan mengawal emosi terhadap diri dan orang lain.Prinsip utama:Empati,Motivasi,Bertimbang rasa,Kemahiran bertindak dalam keadaan positif dan negatif.

5~SOCIAL

Merujuk kepada kemampuan individu bertindak secara bijaksana dalam perhubungan interpersonal dan hubungan dengan alam sekitar.




Alhamduillah hampir sejam lebih kami diterangkan tentang S.P.I.E.S secara mendalam diselangi dengan soal jawab daripada peserta-peserta yang hadir dan tidak lupa pada penghujung program sebelum sesi soal jawab ucapan dari Y.B.Puan Dr. Hjh Halimah bt.Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.Dalam ucapannya,Beliau membawa kami untuk berfikir bagaimana negeri Selangor yang kita duduki ini 10,20,30 akan datang memandangkan gejala sosial dan kadar jenayah yang kian meningkat dari sehari ke sehari.

saya tertarik dengan ucapan beliau yang lebih memandang dan berfikir kehadapan.sahabat sekalian,jika sekarang kita digemparkan dengan jangkitan virus H1N1..akan tetapi adakah kita sedar tentang 'virus jahiliah' yang melanda masyarakat kita kini yang mungkin akan berterusan jika tiada kesedaran atau tiada usaha untuk diubati..nauzubillah..jadi harapan yang dilontarkan oleh YB sendiri kepada golongan belia adalah mahu menghalakan rakyat ke arah menggembeleng kekuatan untuk membina satu tamadun unggul di Selangor..InsyaALLAH..dan beliau juga mengajak dan melatih mahasiswa supaya sentiasa berfikir dan terus berfikir..di mana kita berada?di era mana kita berada?apa erti semua yang berlaku di sekeliling kita??kenapa kerajaan memutuskan begini dan begini??dan banyak lagi yang perlu kita fikirkan dan tidak terhenti di sini sahaja..

sedar tidak sedar,azan maghrib berkumandang dan kami terus berbuka puasa bersama YB dan solat berjemaah maghrib bersama-sama dan disambung dengan sesi yang terakhir merangkumi soal jawab,cadangan dan sebagainya..majlis selesai kira-kira hampir waktu isya'..

~alhamdulillah,dalam masa yang singkat ini banyak input-input yang saya dapat yang mungkin semua ini kita selalu dengar dan kerap kali diulang..tetapi adakah timbul kesedaran dalam diri??siapakah golongan yang perlu berperanan dalam mengatasi gejala sosial dan kadar jenayah yang kian meningkat??macam-macam ada bukan..
rogol?rasuah?rompak?arak?dadah?semua ada..nak biar macam tu je..tepuk dada,fikir-fikirkanlah macam mana..moga dengan usaha dari Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengatasi permasalahan ini dengan backup dan kesedaran dari semua golongan..insyaALLAH biiznillah...

~sesekali diuji 812~

No comments:

Post a Comment