Sunday, September 27, 2009

~sayap kiri perjuangan~


bismillah..
"ZAINAB AL-GHAZALI"..teringat masa adk baru kat Mesir dulu..teringin sgt nak baca tentang beliau..cari punya cari lastly dapat jugak.."HARI-HARI DALAM HIDUPKU" or in arabic "AL-AYYAM FI HAYATI"sebuah novel yang menceritakan tentang kisah hidup beliau yang banyak memberi semangat terutamanya bagi kaum muslimat tatkala ujian datang menimpa..persoalan yang timbul di benak fikiran seketika..adakah masih wujud muslimah seperti beliau pada masa kini??..yang mana sanggup berkorban demi ISLAM tercinta..Beliau merupakan seorang aktivis muslimah yang bergiat aktif di dalam gerakan Islam Ikhwam Muslimin(IM)yang menyeru manusia kepada Allah SWT yang sentiasa berdepan dengan mehnah dan tribulasi.tiba-tiba teringat pulak dekat usrah tersayang..saje letak nama wanita yang kami kagumi ni..moga2 ALLAH kurniakan kesabaran dan keazaman yang tinggi dalam perjuangan yang tidak akan berakhir..

Beliau adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada di dalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar.huh..jauh sekali dengan muslimah masa kini bukan??realiti pada hari ini,matlamat hidup masa kini lebih kepada keduniaan semata-semata..akhirat ntah kemana..moga dapat perbaiki bersama..

Zainab Al-Ghazali memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.Beliau telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat membaca kisahnya kisahnya.walaupun begitu,keyakinanannya akan pertolongan Allah swt,kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang hidup subur dalam dirinya membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara,tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24.

Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada di dalam penjara dipetik dari novel tersebut yang menyanyat hati..

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada wanita muslimah ini.Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini.Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti.Namun,Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan,tanpa kesalahan yang jelas.


P/S:khas buat diri yang dhaif ini..
juga buat muslimah di luar sana yang dirahmati ALLAH,ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. walaupun demikian,Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah,zat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt pasti datang.Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan,sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia..

muslimah yang dirahmati ALLAH..lihatlah betapa tinggi kesabaran beliau dalam mendepani ujian-ujian dariNYA..rasa kerdil diri ini dihadapanMU..membuatkan diri ini termenung seketika..terdetik di hati..rasa sebak menyelubungi diri..ya ALLAH..ujian yang sedikit yang KAU kurniakan kepadaku itupun membuatkan aku berasa goyah..apatah lagi jika aku diuji hebat seperti Zainab Al-Ghazali..

"..Ya ALLAH,KAU tenangkanlah hati ini..kuatkanlah imanku..thabatkanlah aku di jalanMU..peliharalah aku dari kemaksiatan walaupun sebesar zarah..aku hambaMU yang lalai mengingatiMU..mengingatiMU di kala waktu kesempitan sahaja..KAU ampunkanlah dosaku..KAU letakkanlah di dalam diriku ini keyakinan yang utama hanya kepadaMU..kurniakanlah kepadaku kemanisan dalam mencari cintaMU melebihi dari segala-galanya..ku yakin YA ALLAH..segala ketentuan hanya dariMU....."

~hAmBa YaNg DhAiF iNi pAsRaH dGn kEtEnTuAnMU~
~sesekali diuji 812~

2 comments: