Monday, October 12, 2009

'kalah bermaruah'...TAKBIR!!!!!


ALLAH said in Al-Quraan..
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman".
(Al-Imran ayat 139)

bismillah..
Alhamdulillah pilihanraya di Bagan Pinang telah selesai..satu persoalan..'pilihanraya' ke 'perlawanan gusti ala-ala smack down'??em..walaupun kali ini tidak dapat bersama-sama teman yang lain beberapa hari bertugas di sana kerana menjaga opah yang kurang sihat tetapi tetap menyokong dan merasai perjalanan pilihanraya di sana..teringat malam sebelum mereka bertolak keesokan harinya,mereka sempat bermesej dan menelefonku..bagi yang belum pernah melihat dan terlibat sendiri realiti pilihanraya di Malaysia,mereka amat teruja dan banyak yang disoal..tersenyum dibuatnya..apapun,tahniah dan bersyukurlah kerana kalian berpeluang ke sana dan yang paling penting kalianlah insan yang dipilih olehNYA dan digerakkan hati,diberi kesempatan untuk membantu perjalanan pilihanraya di sana..

~~~KENANGAN BERTUGAS~~~
termenung seketika mengimbas kenangan berharga menjadi petugas di Permatang Pasir yang masih lagi segar di kotak fikiran..diri ini masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki..alhamdulillah,dengan nikmat hidup sehingga ke hari ini dariNYA,dapatlah kita mencari dan menilai sendiri apa yang berlaku..bagi saya sendiri..senang je..pilihanraya di Bagan Pinang kali ini..BN 'tak menang'..dan PAS 'xkalah'..ha..pandai-pandaila jawab..nilailah dengan kefahaman kalian dalam memahami apa itu erti perjuangan sebenar...

~~~UNDI POS????~~~
em..kalau difikirkan undi pos ni lebih kurang talian hayat Umno di Bagan Pinang dan proses pengundian pos confirmlah diselaputi dengan pelbagai misteri dan konon-kononya kebal dari radar ketelusan.Penghapusan undi pos adalah salah satu tuntutan besar BERSIH.Perlaksanaan undi pos di Bagan Pinang bukan sahaja tidak telus malahan terang-terang melanggar undang-undang.So,tidak pelik dan tidak hairanlah jika calon BN Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memperoleh 3,521 undi pos berbanding calon PAS, Zulkifly Mohamad Omar yang hanya memperoleh 601 undi sahaja.aah...ape yang penting..kefahaman dalam berjuang tu yang mesti dijiwai..

Jika dilihat..Perkara pertama yang dilanggar oleh SPR adalah kewujudan dua nama yang sama lebih kurang 250 pengundi tentera di daftar pemilih di DUN Bagan Pinang dan di beberapa daftar pemilih di daerah-daerah mengundi di seluruh negara.ok contohnya.. nama Abu bin Bakar wujud di daftar pemilih DUN Bagan Pinang dengan menggunakan No pengenalan tentera ,dan nama yang sama juga wujud di daftar pemilih di Daerah mengundi di Kelantan dengan menggunakan No Kad Pengenalan biasa. Apabila hal ini dibangkitkan oleh PAS,SPR meskipun mengakui hal tersebut berlaku dan juga mengakui bahawa ia adalah menyalahi undang-undang hanya memberikan alasan yang sama dulu, kini dan selamanya : “ Oleh kerana terlalu ramai pengundi di negara ini, kesilapan tidak boleh dielakkan dan kami tidak boleh buat apa-apa ! Kami jamin tiada pengundi tentera yang mengundi dua kali di Dun Bagan Pinang ! Lihatlah betapa mudahnya SPR meremehkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil.

Tidak cukup dengan perlanggaran tersebut,SPR sekali lagi membiarkan sahaja penggunaan daftar pemilih yang berbeza di pusat pengundi pos dengan daftar pemilih yang dibekalkan kepada calon.Kali ini alasan SPR meskipun daftar pemilih berbeza nama-nama pengundi masih ada di kedua-dua daftar pemilih yang berbeza tersebut. Pengarah Pilihan Raya SPR Negeri Sembilan berkata,senarai pemilih yang dipamerkan oleh pihak tentera di papan pameran dewan pusat mengundi semasa proses pengundian berlangsung di situ adalah diatur oleh pihak tentera secara pentadbiran.

ai..nampak sangatlah SPR sengaja memejam mata melihat perlanggaran undang-undang. Undang-undangnya adalah kesemua pihak sama ada SPR,tentera atau parti-parti yang bertanding hendakah menggunakan daftar pemilih yang sama iaitu yang dibekalkan kepada calon semasa hari penamanaan calon.

Baik SPR ataupun tentera tidak diberi kuasa mengubah hal tersebut walau dengan tujuan dan niat apa sekalipun.Apabila tentera mengubah daftar pemilih tersebut ia mendatangkan kesusahan kepada petugas parti yang bertanding untuk menyemak dan mengenal pasti nama-nama pengundi yang datang membuang undi.

Apa yang lebih malang lagi para petugas parti yang bertugas memantau perjalanan pengundian pos tersebut tidak sama sekali berpeluang untuk memastikan bahawa hanya para pengundi yang namanya ada di daftar pemilih DUN Bagan Pinang yang benar-benar mengundi di situ.

Hal ini berlaku kerana tidak seperti proses pengundian biasa di mana pihak Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) akan meneriak nama para pengundi yang hadir untuk mengundi sekaligus memudahkan para polling agent parti yang bertanding menyemak nama pengundi tersebut di daftar pemilih , hal yang sama tidak berlaku di dalam proses pengundian pos khususnya di DUN Bagan Pinang.

Oleh itu tiada mekanisme untuk petugas parti yang bertanding mengetahui dengan jelas siapa yang datang mengundi dan pengundi itu mengundi bagi pihak siapa ? Bolehkah kaedah pemilihan sebegini yang penuh dengan misteri didefinisikan sebagai pilihan raya ? Hantu raya bolehlah !!!

~~~ISU KEGANASAN????~~~
aii..sape yang mengganas??banyak betul fitnah yang terpapar di dada akhbar dan siaran televisyen especially yang pro-UMNO..so ape yang buruk semua dari pihak pembangkang..bersabarlah..kalian di pihak yang benar..

teringat sewaktu pilihanraya di Permatang Pasir,aku sendiri berada di tempat kejadian..melihat sendiri perjalanan pilihanraya di sana dan provokasi yang dibuat-buat oleh UMNO..tapi bila keluar berita,lain pula ceritanya...

Isu keganasan tidak perlu disentuh kerana ianya satu amalan rutin oleh BN di Bagan Pinang.Para petugas BN ibarat drakula yang kehausan darah..dan seperti binatang buas yang sudah bertahun-tahun tidak membaham mangsa..kasihan betul..Pilihan raya telah bertukar seperti perlawanan gusti di Bagan Pinang..lebih kurang perlawanan penggusti yang jahat dan tidak ikut undang-undang membelasah penggusti yang baik yang ikut undang-undang.Penggusti yang jahat dalam banyak keadaan dibela pula oleh pengadil yang lemah dan tidak berdaya!!!tidak mengapa..ALLAH sebagai pembela kalian...ALLAHU AKBAR!!!

Ingatlah firman ALLAH..
"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."
(surah Al-Imran ayat 140)

apapun,tahniah dan syabas buat penyokong dan pendokong PAS yang terlibat secara langsung mahupun tidak..ingatlah..ALLAH Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui apa-apa..kalah tidak bermakna kita lemah..ya,mungkin lemah di sisi manusia dan di pandang rendah dan sebelah mata oleh mereka..bangunlah wahai ansorullah..pejuang agama ALLAH tidak pernah putus asa..percayalah..kemenangan akan berpihak pada mereka yang berjuang mengikut jalan yang haq dan bukan sebaliknya...
wallahu 'alam...

~seeking the truth..moga nusrahNYA bersama~

No comments:

Post a Comment