Sunday, June 27, 2010

yang terindah...



~email from ibu:24/6/2010~
nana-2hari lagi nak exam histology..
sara-da abis 22hb..

"Dan,hanya kepada ALLAH hendaknya kamu bertawakal,jika kamu benar-benar orang yang beriman".Al-Maidah:23

Semua yg terjadi ada hikmah dari ALLAH.yg penting jgn putus berdoa dan minta pertolongan dari allah tanpa jemu.Begitulah yg ibu buat masa belajar dulu.
mesti cekalkn hati dalam menghadapi dugaan hidup ini.

Bu tahu kak na n kak sara mesti boleh sabar dan tabah macam ibu.Ingat,ibu tinggalkan kak nadia waktu tu umur dia 46 days.I was a young mother,lonley in a strange place, with no schoolmates or friends and I had to survive in the cold winter with all the foreigners around me.Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa ayh dan oph,ALLAH permudahkan..

Nothing is easy to achieve in this world.But with patience,perserverance,and lots of prayers to Subhanallahu wataala,God Willing,you will succeed.

Allah hears our prayers.so dont give up.....seeking knolwedge is JIHAD.. you must be strong and I believe you can do it.If I can so do you...you as strong as me.

finally,TAWAKAL alallah..banyakkan doa kepada ALLAH..

From your Beloved Mum to her Beloved Daughters,Sabrina and Sara:

DO YOU VERY BEST IN YOUR EXAMS.....WE PRAY FOR YOUR SUCCESS..

Lots of love from everyone at home..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pertamanya,email dari ibu tercinta setiap hari mengiringi perjalanan hidup anaknya di perantauan berbekalkan doa dan kata semangat moga tidak tergelincir dari landasan yang hakiki..terima kasih ibu+ayah+opah..kalianlah penguat semangat kami..setiap kali di akhir email,ibu tidak lupa mengingatkan tentang DOA dan TAWAKAL..

Sedar tidak sedar,hampir sebulan kita menempuhi fatrah imtihan di Universiti Al-Azhar tercinta..apa yang ingin saya fokuskan di sini adalah mengenai penjiwaan kita tentang konsep tawakal yang sebenar..

mulut memang boleh cakap "ala..tawakal jela...insyaALLAH la tu.."tapi sejauh mana keyakinan hati kita kepada ALLAH dengan apa yang dituturkan???jangan sekali-kali kita mengenepikan pemilik dan pemberi segala-galanya..dan janganlah merasakan keyakinan kita hanya dengan usaha yang telah kita lakukan semata-mata..ingatlah segala-galanya milik ALLAH..dan apa yang kita mampu lakukan hanyalah TAWAKAL dan bersangka baik dengan ALLAH..

TAWAKAL merupakan salah satu ibadah hati yang paling utama dan salah satu dari berbagai akhlak iman yang agung.Sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali,tawakal merupakan salah satu manzilah agama dan kedudukan orang-orang yang beriman.Malahan tawakal termasuk darjat muqarrabin yang paling tinggi.

TAWAKAL bagi orang Islam yang meniti jalan kepada ALLAH merupakan keperluan pokok, terutama dalam masalah rezeki. Masalah ini biasanya menyesakkan fikiran dan hati manusia,membuat badan menjadi letih,jiwa menjadi kusut,gelisah pada waktu malam dan bertungkus-lumus pada waktu siang.Malahan adakalanya di antara mereka yang sanggup menggadai maruah diri,melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama untuk mendapatkan sesuap nasi untuk meneruskan hidup.

Al-Ghazali berkata,“Berbahagialah orang yang dicintai ALLAH dan mendapatkan perlindungan-Nya.ALLAH mencukupkan keperluannya,mencintai,dan mengawasinya. Sesungguhnya orang yang bertawakal itu benar-benar mendapat keuntungan yang besar. Hal ini kerana orang yang dicintai ALLAH tidak akan diazab,tidak dijauhi dan tidak terhalang.“.

Dalam As-Sahihain tentang hadis yang menyebut bahawa tujuh puluh ribu orang dari umat ini yang masuk syurga tanpa dihisab, disebutkan sifat-sifat mereka,diantaranya:
“Mereka adalah orang-orang yang tidak meminta guna-guna,tidak meramal dengan ramalan yag buruk (untuk sesuatu yang belum terjadi) dan kepada Rabbnya mereka bertawakal.“ (Diriwayatkan Al-Bukhary).

Jika tawakal mempunyai keutamaan sedemikian rupa dan orang yang bertawakal mendapat pujian dan sanjungan daripada ALLAH serta Rasul-Nya,apakah hakikat tawakal yang sebenarnya??

Tawakal adalah amalan hati.Maknanya,tawakal merupakan amalan hati yang tidak boleh diucapkan dengan lisan,juga bukan amalan jariah,juga bukan termasuk masalah ilmu dan pengetahuan.“ Namun begitu,terdapat juga sebahagian orang yang memasukkan tawakal dalam masalah ilmu dan pengetahuan,tetapi masih juga mengatakan bahawa tawakal adalah amalan hati,disertai dengan kecukupan dari Rabb yang diberikan kepada hamba.

Tawakal juga bererti meninggalkan pilihan dan berjalan bersama kehendak takdir.. hasil tawakal kepada ALLAH adalah redha,yang dengannya dada dan hati menjadi lapang.

Sebahagian ulama berkata,“Selagi aku redha kepada ALLAH sebagai pelindung, maka aku akan dapati jalan untuk setiap kebaikan.“

Dan kesudahan redha adalah kesenangan dan kegembiraan.Orang yang bertawakal kepada ALLAH yakin bahawa penanganan ALLAH lebih baik daripada penangannya sendiri,dia sentiasa merasa dalam kecukupan dan perlindungan-Nya,cukuplah ALLAH sebagai pelindung dan cukuplah ALLAH sebagai pemelihara.

Maka,dia meletakkan hasrat dan minatnya di ambang pintu Rabb,sehingga dia tidak merasa resah dan kekurangan.

Subhanallah...
indahnya tawakal...

2 comments:

  1. from:ibu for her 6 children.

    I never stop loving all my childrens all the time.May Allah bless all of you.

    Jihad!!! selagi hidup kita perlu berjuang..
    AMIN...

    Miss both of you,study hard..
    May Allah bless you in everything you do.

    Regards,
    your beloved mum..
    luv u sara n nana.....

    ReplyDelete
  2. salam ibu.
    syukran jazilan 4 ur advises..:)
    I appreciate it..
    doakn kami disini yg terbaik..
    we luv u all!!!
    (opah+ayah+ibu+kak nadia+apis+im+arief)..
    a lots of love from egypt.........
    salam from us to my beloving family...

    ReplyDelete