Thursday, December 30, 2010

3 VIRUS penghancur umat ISLAM HEDONISME,SEKULARISME,MATERIALISME



Mutakhir kini,umat Islam sedang dalam keruntuhan dan kehinaan di mana-mana sahaja.Keadaan ini menjadi bualan malah kegembiraan kepada musuh-musuh Islam. Kenapakah keadaan ini terjadi dan terus berlarutan??Bukankah telah muncul pejuang-pejuang samada secara individu mahupun harakah-harakah Islam yang bangun berusaha mengembalikan kemuliaan,maruah,kekuatan dan ketuanan umat Islam di atas muka bumi? Di bumi Palestin misalnya, telah setengah abad rakyatnya bangkit menentang pendudukan Yahudi.Namun sehingga kini kejayaan masih jauh daripada menjadi kenyataan.Bahkan mereka semakin tertekan dan terhina.

Mungkin kita tertanya-tanya,mengapa Allah biarkan umat Islam berlarutan dalam keruntuhan dan kehinaan ini.Sedangkan Allah sendiri telah berjanji untuk mewariskan bumi ini kepada umat Islam.Adakah ALLAH yang telah memungkiri janji??jawabnya tidak sama sekali..akan tetapi kita selaku yang sentiasa di bawah pantauan dan pengawasanNYA hendaklah sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dari semasa ke semasa.

Firman Allah:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh,bahawa Dia akan bersungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa di muka bumi.”

para pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian...
tertarik saya dengan ucapan ringkas dan padat dari Dato' Dr.Hasan b.Mohamed Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam ceramah ringkas beliau di dalam satu program yang dianjurkan oleh gerakan SUARA di Mesir yang mana diasaskan oleh YB Dato' sendri yang bertajuk 'Selangor mengadaptasi hijrah'.

Fokus post saya pada kali ini hasil dari ceramah yang disampaikan adalah mengenai 3 item yang ditekankan yang mana kian menular,parah seterusnya bernanah yang mana melanda umat Islam masa kini iaitu HEDONISME,SEKULARIME dan MATERIALISME!!!
izinkan saya berkongsi dengan para pembaca sekalian moga kita sama-sama dapat mengigatkan antara satu sama lain demi kepentingan ISLAM itu sendiri..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Antara 3virus yang melanda umat Islam masa kini adalah:

PERTAMA:HEDONISME

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini.Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.

Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab,gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi.Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.

Jika dilihat betapa parahnya virus ini dari serangan barat khususnya kepada generasi muda ISLAM telah berjaya menghasilkan pelapis-pelapis dari generasi muda ini konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta hiburan,seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.

Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama.gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.

Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang.Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali.Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEDUA-SEKULARISME

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini…

Ia juga membawa erti satu generasi atau zaman..

Istilah :- Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia…

Antara ciri-ciri sekularisme:
1.Perkara agama disempitkan kepada hal-hal peribadi sahaja

2. Anti agama dan tradisi

3. Akhlak yang digunapakai oleh golongan sekularisme tidak tetap (pragmatik)

4. Kebendaan (materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara

5. Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta semua perkara dipisahkan dari agama.


Amalan sekularisme

1. Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara

2. Segala macam sImbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya

3. Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam


ISLAM menolak sekularisme!!

Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya terang-terangan TIDAK berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan,serba salah,tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.

Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia.Tetapi ia masih mengakui agama,cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia.

Motonya :-
“Berikan apa untuk urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”

PENGARUH SEKULARISME TERHADAP UMMAT ISLAM..

Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan tuhan yakni Allah s.w.t. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang berkaitan agama.

Dari aspek Agama :
Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.

Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama semata-mata seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.

Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.

Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan

KESAN SEKULARISME / PERTENTANGAN DALAM ISLAM…

Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh Allah s.w.t di akhirat kelak

Nilai akhlak adalah luhur. Tetapi, sebagaimana digariskan oleh islam. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.

Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjangkan agama. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai sebagai penting.

Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)

Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.

Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat buih di lautan.

Sumber ekonomi Negara dan ummat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.
Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETIGA-MATERIALISME

suka saya menamakan satu slogan bagi virus ketiga yang kian menular dalam umat Islam masa kini dengan "Belenggu Keduniaan Membentuk Mentaliti Materialistik".

Seperti yang kita maklum,Ibadah itu terbina oleh syarak dan oleh sikap ittiba’ (berpegang kepada dalil kitab dan sunnah) dan bukannya dibina ibadah itu oleh hawa nafsu dan perkara yang diada-adakan (melalui kecerdikan atau sangkaan) sesungguhnya Islam itu terbina di atas dua usul utama iaitu seperti mana yang disebutkan oleh Al-Imam Ibnu Taimiyyah(Majmuk Fatawa,jilid 1)ialah:

1-Hanya menyembah Allah yang Esa dan tidak Mensyirikkan- Nya dengan Sesuatu pun.
2-Menyembah Allah dengan apa yang disyariatkan melalui lisan rasulullah salalallahualaihiwa salam dan bukanlah menyembah-Nya dengan kerana mengikut hawa nafsu dan menyembah-Nya dengan jalan yang di ada-adakan.

Pada kali ini marilah kita berbicara berkenaan mentaliti masyarakat yang rosak dan kefahaman Islam di sekeliling kita yang sedang tenat diselaputi fitnah dunia.

Semakin dunia menyelaputi kita semua,semakin tersesat kita daripada agama sehinggakan terbit daripada mulut mereka-mereka yang beragama untuk sampai hati mengatakan kita seharusnya menilai agama berdasarkan tuntutan dunia dan material.

Bukan untuk berfantasi mengatakan agama ini untuk akhirat semata-mata dan kita mesti mengabaikan apa yang ditangan semata-mata untuk mengejar akhirat.Sama sekali bukan itu yang dikehendaki oleh Islam.

Islam menyuruh umat-Nya memburu kekayaan,berkemampuan dan berkebolehan tetapi Islam menetapkan umat-Nya harus terlebih dahulu mendirikan Islam dan memastikan kekayaan dan kemewahan itu terbina setelah keutamaan dan hak terhadap agama sudah dipenuhi di jalan Allah swt.

Ramai hari ini melakukan sesuatu ibadah kerana kegemaran,kerana ianya mudah dan kerana ianya memberikan manfaat dan kebaikan kepada mereka tetapi mereka lupa akan perkara yang asasi iaitu untuk menyedari kita semua ini ialah hamba Allah yang dijadikan oleh Allah (tauhid rububiyah) dan kita dijadikan hanya untuk beribadah kepada Allah dan ibadah kita pula haruslah hanya untuk Allah (tauhid uluhiyah).

pesan Umar radiallahuanhu : “Kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita mencari kemuliaan (dan ketinggian di sisi manusia) selain daripada Islam, maka kita akan dihinakan oleh Allah.”

Apakah pada kemewahan kita itu?banyaknya buku-buku yang sudah ditulis oleh kita? jumlah pengunjung yang banyak mengunjungi website dan laman-laman tulisan kita? ataukah pada pekerjaan?pada pangkat?pada ketinggian sijil dan ijazah yang kita miliki?ataukah kepada jenis kereta yang kita miliki?atau mungkin jumlah wang yang kita sumbangkan itulah yang dilihat oleh Allah swt dan menjadi ukuran bahawa kita sudah menunaikan tuntutan ubudiyah (pengabdian) diri kita kepada Allah?

Firman Allah swt yang bermaksud : “ Tidaklah sekali-kali akan sampai kepada Allah akan daging-daging unta dan darahnya itu akan tetapi yang akan sampai kepada-Nya ialah ketakwaan dari kamu. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. “ (Surah Al-Hajj : 37)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KESIMPULAN

Satu persoalan saya tinggalkan kepada pembaca-pembaca sekalian yang perlu kita sama-sama fikirkan.

Sejak bila umat Islam mula terjebak dengan 3 virus yang menular kini?
Apakah semenjak dakwah salafiyah atau seruan kepada sunnah ini tersebar?
Adakah salah konsep dakwah yang dibawa oleh petugas risalah ALLAH dan Nabi-nabi terdahulu??

Allahumusta’an dan semoga dibersihkan dakwah salaf soleh yang menyeru umat kepada generasi terbaik ini terpelihara daripada fitnah dunia dan seruan yang menyeleweng..
Amin ya Rabb...

4 comments: