Wednesday, May 4, 2011

Siri Jihad Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam



Bismillah..Pertamanya,lautan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Rabbul Izzati yang Maha Pengasih terhadap makhlukNya.Selawat dan salam diutuskan buat junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W., kaum kerabat Baginda, para sahabat dan tabi’in serta seluruh pendukung yang ikhlas berjuang meneruskan mata rantai perjuangan dalam menegakkan agamaNya yang suci.

Sirah kepimpinan Nabi S.A.W serta keperibadian Baginda yang telah mencorak peradaban dan kemanusiaan disepanjang zaman adalah sangat penting untuk dipelajari dan dijiwai bagi merapatkan jurang generasi dan supaya tidak terpisah jauh dengan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W,dan semoga impaknya akan terus mengekalkan rasa cinta dan kasih kita terhadap Baginda yang kadang kala jasa kebaktian Baginda cuba dipalit dengan warna hitam oleh musuh Islam seperti menggambarkan Baginda sebagai ‘pengganas’ atau dengan menjadikan episod kehidupan Nabi S.A.W sebagai produk gurauan akibat daripada kejahilan memahami peribadi Baginda S.A.W.

Jika kita sama-sama menghayati siri Jihad Peperangan Rasulullah S.A.W,kita akan dapati sebenarnya ini adalah salah satu siri yang sangat penting dalam usaha membuka dimensi berfikir tentang sejarah kegemilangan Islam yang dipacu oleh Baginda dalam bab pertahanan dan ketahanan Islam sehingga mampu menggugah kuasa kuffar seterusnya Islam menjadi kuasa besar di zaman Saidina Umar Al-Khattab.

Hari ini kita berada di zaman yang menyaksikan darah umat Islam menjadi terlalu murah harganya lantaran kerana kita meninggalkan jihad.Maruah umat Islam telah dipijak dengan rakus tanpa merasa gerun dan bersalah oleh pihak kuffar.Adaptasi dari kisah pertembungan Iman dan Kufur yang pernah dilalui oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat,dapat kita lihat bahawasanya betapa pahit dan sukarnya mereka berjuang mendepani musuh yang pelbagai,seperti golongan Musyrikin Mekah,Yahudi,Kabilah-kabilah Arab yang kufur serta munafik di Madinah yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’.

Seorang Islam yang mempunyai keizzahan(kemuliaan) dan cintakan agamanya,ia pasti bersedia utntuk berjihad pada setiap masa dan ketika.Persediaan yang pertama sekali ialah dengan memasang niat dan memasang azam untuk berjihad jika sekiranya Islam atau umat Islam diancam oleh musuh-musuhnya.Sabda Rasulullah S.A.W.;
“Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan tidak pernah berkata pada dirinya untuk berperang(berniat untuk berperang mempertahankan Islam),maka matinya itu adalah satu cabang dari mati munafik”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SINOPSIS SIRAH JIHAD NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul dengan wahyu pertama di gua Hira’ pada usia Baginda 40tahun.Sejak itu bermulalah jihad Baginda dan berterusan sehingga kewafatannya pada usia 63tahun.Secara keseluruhannya jihad Nabi Baginda hingga kewafatannya memakan masa 23tahun.

Peringkat awal Jihad Rasulullah S.A.W. ialah di Mekah selama 13tahun.Pada peringkat ini Baginda menjalankan Jihad dakwah iaitu berjihad menyeru manusia supaya beriman kepada ALLAH dan menganut agamaNya.Peringkat kedua gerakan jihad Rasulullah ialah di Madinah selama 10tahun yang berlaku selepas peristiwa hijrah.Pada peringkat ini,Rasulullah tidak hanya memadai dengan Jihad Dakwah,tetapi telah meningkat kepada Jihad Qital iaitu mengagkat senjata memerangi sesiapa sahaja yang cuba memusuhi Islam dan menyekat kemaraan dakwahnya.


MARHALAH JIHAD DAKWAH DI MEKAH

Jihad Dakwah di Mekah yang dilakukan oleh Baginda melalui beberapa marhalah iaitu;

1-MARHALAH PERTAMA

Iaitu dakwah secara rahsia.Marhalah ini bermula dari awal penurunan wahyu dan berterusan selama tiga tahun.

Dalam marhalah ini,dakwah yang dilakukan berlandaskan kepada pemilihan peribadi di mana Rasulullah melihat dan meneliti peribadi-peribadi yang tertentu yang dirasakan dapat menerima seruan dakwah dengan mudah dan dapat merahsiakannya daripada sampai ke pengetahuan para pembesar Quraiysh.Begitu juga dalam marhalah ini Rasulullah S.A.W bukan hanya merahsiakan dakwah,tetapi juga merahsiakan peribadi-peribadi yang menerima seruan dakwahnya dan merahsiakan program-program atau perjumpaan Baginda dengan mereka.Konsep pergerakan yang digunakan oleh Nabi dalam marhalah ini adalah ‘Kerahsiaan Dakwah bersama Kerahsiaan Tanzim’
Para sahabat yang telah memeluk Islam dalam marhalah ini hampir 60 orang semuanya yang terdiri dari pelbagai kaum dan status.

2-MARHALAH KEDUA

Iaitu menjalankan dakwah secara jahriyyah (terbuka atau terang-terangan).Marhalah ini bermula awal tahun ke-empat keNabian dan berakhir selepas tahun kesedihan iaitu tahun ke-10 keNabian.Secara keseluruhannya,marahalah dakwah pada peringkat ini berlangsung selama 7 tahun.

Perlaksanaan dakwah secara terang-terangan ini berlaku selepas terbentuknya golongan teras hasil daripada dakwah dan tarbiah yang dilakukan oleh Nabi pada peringkat dakwah secara rahsia.Walaupun dakwah dijaharkan,namun kerahsiaan tanzim tetap diteruskan terutama bagi golongan Musthad’afin.Konsep pergerakan yang digunakan oleh Nabi dalam marhalah ini ialah ‘Menjaharkan Dakwah dan Merahsiakan Tanzim’.

Tindakan pertama Rasulullah selepas diperintahkan supaya menjaharkan dakwah ialah membentangkan dakwah kepada kaum keluarganya terdekat Bani Hasyim dan Abdul Mutalib.Untuk itu,Baginda mengadakan satu majlis kenduri dan menjemput Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib dan menceritakan dakwah Islam kepada mereka.Kemudiannya Baginda membentangkan pula dakwah kepada seluruh kaum arab di Mekah.Baginda menyeru semua kabilah Arab berhimpun di Bulit Safa.Baginda berpidato menyeru semua golongan Quraiysh kepada Islam.

Dalam marhalah dakwah inilah telah Islamnya Asadullah (singa ALLAH) Hamzah bin Abi Talib dan Al-Faruk(Umar al-Khattab).Dengan keislaman mereka berdua ini,saff Islam bertambah mantap dan semakin digeruni oleh Kuffar Quraiysh.

Di peringkat Mekah,di samping menjalankan dakwah,Rasulullah juga bertindak menyatukan orang-orang yang beriman dengan seruan dakwah Baginda di dalam satu saff atau jemaah.Mereka dididik dan ditarbiyah secara khusus oleh Baginda untuk menjadi rijal-rijal atau para Mujahid masa depan yang bukan sekadar beramal dengan Islam tetapi juga rela berkorban mempertahankannya.Baginda menjadikan Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam iaitu salah seorang sahabat yang beriman sebagai markas tempat perkumpulan rahsia orang-orang beriman kerana kedudukan rumah ini agak jauh dari penempatan Musyrikin Quraiysh.

Oleh demikian,dari satu sudut,jihad Baginda di Mekah juga merupakan jihad Tarbiyyah yang dilakukan oleh Baginda di samping menjalankan jihad dakwah.Perlaksanaan Jihad Tarbiyyah ini menjadikan peringkat Mekah dari segi ketenteraan merupakan peringkat pambentukan dan poenyediaan para Mujahid Islam yang bakal mengharungi peperangan atau Jihad Qital pada masa akan dating.

3-MARHALAH KETIGA

Dalam marhalah ketiga ini,Baginda menjalankan strategi baru iaitu menyebarkan dakwah ke luar Mekah.Marhalah ini bermula selepas tahun kesedihan iaitu selepas tahun ke-10 keNabian dan berterusan sehingga hijrah.Secara keseluruhannya,marhalah ini memakan masa selama 3tahun.

Apabila berlakunya dakwah secara tertang-terangan tadi,maka bermulalah penetangan golongan pembesar Quraiysh terhadap Dakwah Rasulullah S.A.W. Pelbagai halangan dikenekan oleh mereka termasuk menghina Islam dan mengejek Baginda,menyiksa para penganut Islam,membuat sekatan ekonomi terhadap umat Islam dan merancang untuk membunuh Rasulullah.Penentangan mereka semakin memuncak apabila matinya dua orang yang sentiasa mempertahankan Rasulullah iaitu Abu Thalib dan Saidatina Khadijah pada tahun ke-9 keNabian iatu tahun yang dikenali dengan tahun kesedihan.

Menyedari hakikat bahawa pergerakan Dakwah di Mekah melalui jalan buntu dan pemimpin-pemimpin Mekah tetap dengan pendirian mereka memusuhi Islam maka penerokaan tempat atau kawasan yang baru sebagai pusat pergerakan Dakwah adalah perlu.Oleh itu, selepas berlaku kematian Abu Thalib dan Khadijah,Baginda membuat tinjauan semula terhadap program dakwahnya dan merangka perancangan untuk mencapai tagret baru iaitu mencari pembantu-pembantu dan tapak baru dalam pergerakan Dakwah.

Langkah yang di ambil oleh Rasulullah S.A.W untuk mencapai target baru ini ialah:

Pertama:Keluar ke Thaif
Baginda keluar ke Thaif bersama-sama dengan Zaid bin Harithah untuk mengajak Bani Tsaqif yang mendiami Taif supaya menerima Islam dan member bantuan kepada dakwahnya.Rasulullah S.A.W. meetap di sana selama sepuluh hari namun tidak ada seorang pun yang menyahut seruan baginda.Seterusnya Baginda pulang ke Mekah untuk menjalankan dakwah kepada kabilah-kabilah yang datang mengerjakan haji.

Kedua:Membentangkan dakwah kepada kabilah-kabilah dan individu-individu ketika musim perayaan Haji

Pada bulan Zul Qaedah tahun ke-10 keNabian bersama akhir Jun atau awal Julai tahun 619M,Nabi Muhammad pulang ke Mekah dari Thaif untuk menjalankan gerakan memperkenalkan Islam kepada kabilah-kabilah dan individu-individu yang datang ke Mekah bersempena musim haji.

Baginda membuat tinjauan terhadap jemaah-jemaah haji di rumah-rumah mereka dan di pasar-pasar arab seperti pasar ukaz dan pasar Zil Majannah dan bergeak daripada satu kabilah ke satu kabilah memperkenalkan Islam kepada mereka dan menyeru mereka supaya beriman kepada Allah dan RasulNya dan meminta kepada mereka supaya membenarkannya dan member perlindungan kepadanya.

Pelbagai reaksi yang diterima Baginda yang Baginda dakwahkan.Kebanyakan mereka menolak dakwah yang cuba disampaikan.Dikalangan mereka ada yang meletakkan pelbagai syarat untuk menerima seruan Baginda,namun semua ditolak oleh Baginda kerana dakwah Islam hendaklah diterima dengan ikhlas hati tanpa dikaitkan dengan sebarang syarat duniawi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KABILAH AUS DAN KHAZRAJ

Diantara banyak kabilah yang didakwah Rasulullah S.A.W., hanya Aus dan Khazraj sahaja dengan suci dan rela hati menerima dakwah Baginda.Dua kabilah arab ini yang mendiami Yathrib(iaitu nama lama bagi Madinah).Di antara kedua-duanya sering-kali berlau permusuhan dan perbalahan sehingga membawa kepada peperangan saudara.
Pertemuan pertama baginda ialah dengan kabilah Aus pada musim haji yahun ke-10 keNabian.Pada musim haji tahun berikutnya iaitu tahun ke-11 keNabian,Baginda bertemu pula dengan kabilah Khazraj.Baginda menyeru kepada Islam dan mengajak mereka supaya beriman serta membaca kepada mereka bebrapa potong ayat al-quran.Seruan itu telah disambut dengan baik oleh mereka.Bukan sekadar itu,apabila pulang ke Yathrib, mereka telah bertindak menyebarkan Islam di kalangan kaum mereka sehinggalah berita tentang Rasulullah S.A.W. ini menjadi buah mulut di setiap rumah orang-orang Arab di Yathrib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GABUNGAN BARU SAFF MUJAHIDIN

Kejayaan Rasulullah S.A.W. mengajak dua kabilah itu untuk menerima Islam memantapkan lagi kekuatan Jemaah Mujahidin dengan kehadiran saff baru yang bertapak di Madinah.Baginda sekarang ini bukan sahaja mempunyai anasir-anasir jihad di kawasan tanah airnya Mekah tetapi juga dari luar Mekah iaitu di Madinah.
Apa yang lebih menguatkan saff Mujahidin dengan kehadiran saff baru ini ialah; mereka bukan sahaja terdiri dari rakyat bawahan tetapi juga pemimpin-pemimpin utama yang mempunyai pengaruh dan kuasa di Madinah.Ini sudah tentunya memberI suatu kelebihan kepada Madinah untuk menjadi satu pengkalan yang lebih baik dari Mekah bagi pergerakan dakwah dan jihad pada peringkat-peringkat seterusnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAI’AH(JANJI SETIA)


Untuk mengukuhkan lagi ikatan Aus dan Khazraj dengan ajaran Islam,dakwah dan jihad,Baginda kemudiannya mengadakan Bai’ah(janji setia) dengan mereka.Bai’ah ini diadakan sebanyak dua kali di satu tempat bernama ‘Aqabah.

Baiah kali pertama:Baiah ini juga dinamakan sebagai Bai’ah ‘Aqabah Ula(perjanjian Aqabah pertama)yang berlaku pada tahun ke-12 keNabian.Ia adalah baiah agar mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam.Baiah ini dihadiri oleh 12 wakil daripada Madinah(iaitu 11 lelaki dan seorang perempuan),Sembilan daripada mereka dari kabilah Khazraj dan tiga lagi dari Kabilah Aus.

Kandungan Bai’ah sepetimana yang diceritakan oleh Ubadah bin Shamit(salah seorang yang menyertai utusan tersebut) ialah:

1.Tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apa pun.
2.Tidak mencuri,berzina dan membunuh anak.
3.Tidak mengadakan dakwaan palsi di tengah-tengah masyarakat.
4.Tidak mengingkari Rasulullah S.A.W. dalam perkara makruf.

Bai’ah ini juga dikenali sebagai Bai’atun-Nisa(Bai’ah kaum wanita) kerana di dalamnya tiada hubungan dengan peperangan.

Baiah kali kedua:Dinamakan juga sebagai Bai’ah ‘Aqabah Tsaniyah(Perjanjian ‘Aqabah Kedua.Berlaku antara Baginda dan wakil-wakil dari Madinah pada musim haji tahun ke-13 keNabian.Ia disertai oleh 75 orang wakil dari Madinah iaitu 73 lelaki dan dua perempuan.Adapun Rasulullah S.A.W. mengiringinya ialah bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muttalib.

Kandungan Bai’ah sepertimana yang diceritakan oleh Jabir r.a di dalam suatu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ialah:

1.Dengar dan patuh kepada arahan Baginda sama ada diwaktu rajin atau malas.
2.Memberi nafkah (kepada perjuangan) sama ada di waktu sennag atau susah.
3.Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
4.Bangun menegakkan agama Allah tanpa menghirau celaan sesiapa pun.
5.Memberi pertolongan kepada Baginda apabila Baginda sampai di Madinah.

Sebagai balasan, Rasulullah S.A.W menjanjikan merekan syurga sekiranya mereka melaksanakan Bai’ah tersebut.
Bai’ah kali kedua ini penting dari sudut ketenteraan Baginda.Ia dikenali di sisi ahli sirah sebagai Bai’atul Harb(Perjanjian Perang).Ini kerana di dalam Bai’ah ini, Baginda telah mengadakan Bai'ah dengan mereka supaya mereka berperang bersama-sama dengan Baginda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingatlah para pendokong Islam yang dikasihi sekalian,tidak ada jalan pintas untuk mengembalikan kecemerlangan Islam melainkan umat Islam mengembalikan semua khilafah yang hilang,yang akan menaungi kembali maruah umat Islam,yang memayungi semula umat Islam yang kehilangan bapa semenjak runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki Pada tahun 1924.Semangat jihad perlu dikobarkan kembali menghiasi dada pemuda-pemuda dan umat Islamdan umat Islam perlu meyakini bahawa masa depan adalah milik Islam.

Ya ALLAH...limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam dan atas keluarga baginda..ampunilah dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami,kaum keluarga kami..kuatkanlah hati kami ini..thabatkanlah jiwa kami dalam mempertahankan agamaMu ini..diri ini seringkali goyah tatkala menerima ujian dariMu..kuatkanlah Ya Allah keyakinan kami terhadapMu..Ya Allah,kami berlindung padaMu dari apa yang menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dariMu dari sesuatu yang tidak kami ketahui..Maha suci segala puji bagiMu Ya Allah pemilik sekalian alam..Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah..dan aku mohon ampun dan taubat dariMU..Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini..Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..Amin.

wallahu Ta'ala 'alam..

No comments:

Post a Comment