Friday, September 24, 2010

halangan muslimat dalam berjuang



Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya).

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.

Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun.

Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.

Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.

Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.

Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.

antara halangan wanita untuk bergerak dalam perjuangan islam yang boleh saya simpulkan adalah:

1-(bagi yang sudah berkahwin)

-suami tidak memberi keizinan(disebabkan tidak sama fikrah)
saranan & cadangan:pilihlah suami yang sefikrah dalam memperjuangkan Islam bukanlah setakat mengikut keinginan peribadi.Ini penting untuk memastikan survival perjuangan gerakan Islam dalam menegakkan daulah Islamiyyah terus utuh pada masa akan datang ..

-alsan menjaga anak dan sebagainya
saranan:hendaklah bagi para isteri bijak membahagikan masa antara kerja dakwah,keluarga dan kepentingan peribadi.

-kekangan masa
saranan:(susun waktu dengan baik dan yang paling penting utamakan gerak kerja Islam)

-bekerja dll
saranan:(selepas habis waktu kerja,bahagikan masa untuk gerak kerja Islam)


2-(bagi yang belum berkahwin)

-menganggu waktu belajar
saranan:susun masa dengan baik.

-tidak mendapat keizinan ibu bapa dll.
saranan:berusaha untuk menanam fikrah kepada ibu bapa tentang gerak kerja dakwah.

mujahidah yang disayangi sekalian..
Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?

Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah,memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.

Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Tidak timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong keatas sebagaian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Di dalam negara yang majoriti undinya adalah di tangan wanita, para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka perlu menyakinkan golongan yang masih tidak menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.

Untuk menjalankan usaha ini, para Muslimat hendaklah membuat persediaan awal. Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah. Kerana tanpa ilmu dan hikmah, bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.

Selain itu juga, muslimah-muslimah yang terbabit dalam memperjuangkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam, aktif semasa bujang, tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.

Alangkah sedihnya sekiranya ramai muslimat bersikap begini.Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti atas alasan sudah berkahwin.Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

-KESIMPULAN-
Jadi,Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:

"Katakanlah:Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?.Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran"

Selain daripada itu, para muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman, sabar, istiqamah dalam menjalankan amal dan berani.Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia,suami atau orang lain, tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Golongan Allah itulah yang pasti Menang"

Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama ahli-ahli keluarga,iaitu suami dan anak-anak. Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar,khususnya di kalangan wanita sendiri.

waakhiran,SALAM JUANG TANPA NOKTAH..
wassalam..

7 comments:

  1. assalamualaikum..salam perantauan dari bumi madinah.post yang menarik.teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Salam..lama x menjenguk blog kak sara..mungkin kekangan masa yg dihadapi iaitu belajar + berdakwah x sempat nak bercoment2x..huhu..em post ni sangat menarik..terutama bg kita yg wanita nie..kalau sebelum belajar masa dijadikan alasan ia masih belum di kira faham ttg harakah isalmiyah nie..bagi yang nak berkahwin carilah yg sama fikrah dengan kita yg mana dia juga memahami bagaimana apa yg dimaksudkan dengan harakah islamiyyah..insyaAllah kalau kita cari yg sefikrah dengan kita insyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita..namun ujian akan menjadi lebih besar bila mana sudah berkahwin..
    teringat kata2x murabbi kami di sini..bila ada 1 anak..kita tgk masih blh teruskan dengan gerak kerja islam?kalau blh lepas satu ujian dan cabaran..bila ada 2 anak?masih boleh teruskan dengan gerak kerja islam?boleh alhamdulillah..bila dah ada 3 org anak..barulah kita tahu sama ada kita akan kekal dengan gerak kerja islam @ futur di jalannya..sama2x lah kita muhasabah diri..
    teruskan perjuangan kak..salam alaik..
    Dari insan yg fakir..

    ReplyDelete
  3. pada pndpat saya,kalau nak mudah untuk berjuang selepas berkahwin,berusahalah memilih calon suami yang boleh memahami dan bersama-sama dalam gerak kerja dakwah selepas berkahwin dan yang muslimat pembaca sekalian yakin lelaki itu dapat bersama-sama dengan kita di masa susah dan senang melalui liku-liku perjuangan ISLAM.dan selebihnya,serahkan kepada ALLAH S.W.T.Kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancang dan aturan dari yang Maha Esa.yang penting,berdoalah supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang gugur dalam perjuangan Islam.sekian.salam.

    ReplyDelete
  4. slm....post y bagus...cume bagaimana pula skiranya sudah berkahwin dgn suami/isteri y sefikrah tetapi salah sorang nye tak boleh ada kelebihan y lebih skit,cnthnya;kalo si isteri lebih kehadapan berbanding si suami sblm berkahwin,dan si suami pula apabila sudah berkahwin kalo nk ke hadapan perlu bersama2,tak boleh si isteri je kedepan...ayat pendeknya si suami rase tercabar lak si isteri lebih kedepan berbanding dia...cm cntrl isteri skit la..cmne lak cmtu???

    ReplyDelete
  5. to anonymous:waalaikumussalam..
    salam ziarah..pada pndgn ana,suami dan isteri tidak dapat tidak mestilah saling menyokong dan memberikan semangat antara 1 sama lain di dalam gerak kerja dakwah bukanlah sebaliknya..jadi,tidak timbul di sana istilah tercabar dan sebagainya antara mereka..tapi dari satu sudut yang ana lihat,rasa tercabar yang menjurus ke arah positif adalah lebih baik utk lebih improve apa yang kurang khusunya dalam gerak kerja Islam..dan sebagai seorang suami,seharusnya tidak bersifat 'control xtentu hala' selagi mana ianya tidak melanggar syariat dan berlandaskan di atas jalan yang betul,khususnya demi kesinambungan perjuangan dalam menegakkan Islam ini.wallahu'alam..

    ReplyDelete
  6. to nurulhidayani ahmad:waalaikumussalam..
    salam ziarah..doakan sama-sama thabat dalam gerak kerja dakwah..moga tidak tergolong dalam golongan yang 'mutasaqitun 'ala toriqqid da'wah'.amin..moga kita sentiasa diberi kekuatan khususnya kekuatan dalaman untuk istiqamah di jalanNYA..:)

    ReplyDelete
  7. to bumi madinah:waalaikumussalam..salam ziarah.ahlan sebarg cdgn n teguran..
    salam juang tanpa noktah..

    ReplyDelete